Masyarakat di Karanganyar, Jawa Tengah gempar dengan penemuan sepasang mayat suami isteri yang baru bernikah tak sampai sebulan di sebuah bilik hotel di kawasan Karangpandan.
Staf hotel terbabit menjumpai mayat terbabit ketika membuat pemeriksaan selepas menyedari mereka terlewat mendaftar keluar.
Menurut Ketua Subseksyen Unit Pendidikan dan Hubungan Masyarakat Polis Karanganyar, Bripka Aditya Prima Sakti, pasangan itu masing-masing berusia 30 dan 27 tahun.
Katanya, kedua-dua maut kerana disyaki terlalu banyak mengambil ‘ubat kuat’ yang menyebabkan denyut jantung laju dan pembuluh darah pecah sebelum mereka meninggal dunia.
“Punca kematian ini diperkukuhkan lagi dengan barang bukti iaitu sisa ubat kuat yang diminum mereka yang ditemukan di bilik hotel itu.
“Sebuah botol suplemen atau ‘ubat kuat’ ditemukan kosong serta satu strip ubat kelihatan terbuka dan sudah digunakan,” lapor Agensi, dipetik BH Online.
Pasangan yang berasal dari Mojosongo, Kota Solo itu membuat tempahan untuk menginap di hotel itu pada 4.30 petang, 1 Oktober 2022.
“Mengikut maklumat kakitangan hotel, pasangan itu sempat memohon untuk memanjangkan tempoh masa penginapan mereka.
“Namun, pada keesokannya, kedua-dua mereka tiada khabar sehingga kakitangan hotel membuat pemeriksaan dan menemukan kedua-duanya sudah meninggal dunia,” katanya lagi.
Baca:
Membesar dengan kompleks PKNS & SACC Mall, warga Shah Alam sedih ia bakal dirobohkan
Isu anak jadi penyondol, Norman Hakim minta Abby Abadi henti ulas isu Marissa Dania kepada umum
Jom cuba DIY pewangi rumah guna 3 bahan ini, badan letih pun boleh jadi segar