Berjaya menyelamatkan nyawa penumpang kereta, pamakaian tali pinggang kaledar atau ‘seat belt’ telah berjaya mengurangkan banyak risiko kematian.
Mula dipasangkan pada kenderaan di tahun lewat 1950-an, tali pinggang keledar sebenarnya dicipta oleh jurutera pesawat pejuang iaitu Nils Bohlin.
Jurutera asal Sweeden itu merupakan antara individu yang terlibat dengan pembangunan teknologi kerusi anjal (lenting) dalam pesawat pejuang.
Mencintai bidang keselamatan, Bohlin kemudian mendapat idea untuk mencipta tali pinggang keledar yang mempunyai tiga penjuru berbentuk ‘Y’.
Oleh kerana tali pinggang keledar bukanlah satu ciri standard pada kereta pada waktu itu, Bohlin memutuskan untuk bekerjasama dengan syarikat Volvo.
Hasil kolaborasi bersama syarikat automotif terkemuka itu, Bohlin berjaya mencipta tali pinggang keselamatan V-type dalam masa setahun.
Sementara menunggu ciptaan tersebut dipatenkan, tali pinggang keledar ini mula dipasangkan pada semua kenderaan keluaran Volvo.
Setelah dua tahun digunakan, Bohlin dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Volvo pada ketika itu, Gunnar Engellau mendapati ciptaan tersebut efektif dalam menyelamatkan nyawa.
Oleh yang demikian, Nils memutuskan untuk membenarkan ciptaan yang telah dipatenkan pada Julai 1962 itu digunakan secara meluas dan percuma.
Tanpa memikirkan keuntungan, CEO Volvo turut berbesar hati menyokong keputusan Bohlin kerana beliau pernah kehilangan ahli keluarga akibat kemalangan maut.
Sehingga ke hari ini, tali pinggang keledar tiga penjuru telah berjaya menyelamatkan jutaan nyawa pemandu dan penumpang kenderaan.
Malah, ciptaan ini juga mampu mencegah dan mengurangkan tahap kecederaan yang dialami oleh mangsa kemalangan jalan raya.
Diperkenalkan secara meluas pada 61 tahun lalu, tali pinggang keledar ini masih relevan dan digunakan sehingga ke hari ini.
Nils Bohlin meninggal dunia di usia 82 tahun, akibat serangan jantung pada September 2002.
Baca juga: Pakar psikiatri dedah sebab kenapa ada suami pilih tamat riwayat isteri berbanding cerai