Realtime website trackingweb stats

Berfesyen sampai abai hukum agama, seorang ayah boleh lucut hak jadi wali

Oleh ABDULLAH HAMID

Kebanyakan golongan muda hari ini gemar berfesyen sehingga kadangkala terlupa tentang hukum agama.

Sebagai contoh, ramai lelaki Islam yang memakai seluar pendek di tempat terbuka, malah ini dianggap normal dalam dunia moden.

Namun, menurut pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI), perbuatan ini boleh menyebabkan seseorang menjadi fasiq, sekaligus hilang kelayakan untuk menjadi wali dan sebagainya.

“Pakai seluar pendek, kata ulama-ulama… Mendedahkan aurat bagi lelaki, sekali pakai tidak fasiq, tetapi jika pakai seluar pendek

lebih daripada tiga kali di khalayak ramai, ia boleh menjadi fasiq,” ujar Azhar dalam satu video kuliahnya yang dikongsi di media sosial.

Berfesyen sampai abai hukum agama, seorang ayah boleh lucut hak jadi wali

Beliau menambah, “Ada juga dosa besar seperti minum arak, sekali minum sudah menjadi fasiq. Namun, jika lelaki yang bermain bola memakai seluar pendek lebih daripada tiga kali di tempat umum, dia tidak boleh menjadi wali nikah, saksi nikah, saksi melihat anak bulan, saksi hudud, dan dalam urusan jual beli serta hutang.”

Azhar juga memberi penjelasan mengenai pemakaian rantai dan gelang tangan sebagai aksesori fesyen untuk lelaki.

“Lelaki memakai gelang tali, jika gelang itu hanya untuk perhiasan, ia dilarang dalam syarak. Namun, jika gelang itu mempunyai fungsi tertentu, ia tidak dilarang,” katanya.

Contohnya, apabila seseorang pergi haji dan diberi gelang plastik untuk memudahkan pengenalan jika hilang, gelang tersebut boleh diterima.

Menurut Maktabah Al-Bakri, mazhab Syafie dan Hanbali menyatakan bahawa aurat lelaki adalah antara pusat dan lutut, tetapi pusat dan lutut itu sendiri bukan aurat.

Melanggar hal ini dianggap fasiq, tetapi tidak semestinya selepas dua atau tiga kali. Yang penting adalah sentiasa bertaubat dan kembali kepada Allah serta memperbanyakkan istighfar.

BACA: Keris mencari tuan baharu setelah pemilik sebenar meninggal dunia tiba-tiba berdiri raih perhatian ramai