Realtime website trackingweb stats

Baru tahu, rupanya tak boleh pasang bacaan Al-Quran di tempat sibuk, Mufti dedah sebab

Oleh AHMAD ISMAIL

Sebagai seorang Muslim, mendengar, membaca, dan mendalami Al-Quran adalah sesuatu yang sangat dituntut dan memberikan pahala.

Namun, kita mungkin sedar atau tidak, di mana sahaja kita pergi, khususnya dalam bangunan perniagaan milik orang Islam,

pasti ada bacaan ayat Al-Quran yang dipasang sebagai latar bunyi.

Malah, di kawasan yang padat dengan orang ramai seperti pasar, kita juga dapat mendengar bacaan kitab suci ini, yang difahamkan berfungsi sebagai ‘perisai’ ketika berniaga

Namun, apakah hukum bagi tindakan ini? Adakah ia dibenarkan, memandangkan alunan ayat Al-Quran adalah suci?

Baru tahu, rupanya tak boleh pasang bacaan Al-Quran di tempat sibuk, Mufti dedah sebab

Pendakwah Ustaz Muhammad Fahmi Rusli mengingatkan bahawa adalah tidak dibenarkan untuk membaca Al-Quran dengan suara kuat mahupun memasang bacaan ayat-ayat suci di kawasan orang ramai yang sedang fokus kepada urusan lain.

Mungkin anda perasan, apabila berkunjung ke restoran, pasar, warung, atau kedai runcit milik orang Islam, pasti ada bacaan Al-Quran yang dipasang dengan suara kuat atau dimainkan di radio.

Pendapat ini dinyatakan oleh Al-Syaikh Mansur Al-Buhuti Al-Hanbali Rahimahullah yang mengatakan:

“Tidak boleh untuk meninggikan suara bacaan Al-Quran di pasar-pasar ketika mereka yang berada di sana sedang sibuk dengan perniagaan mereka dan tidak dapat fokus mendengar Al-Quran, kerana ia boleh merendahkan kemuliaan Al-Quran.”

Ini sebagaimana yang dinyatakan dalam firman-Nya: “Dan apabila dibacakan Al-Quran, hendaklah kalian mendengarnya dengan teliti dan hendaklah kalian diam, mudah-mudahan kalian mendapat rahmat.” (Surah al-A’raf: 204)

Anda perlu faham bahawa tuntutan ini tidak dapat dipenuhi jika seseorang itu sedang sibuk dengan urusan lain seperti makan, minum, atau berjual beli. Bagaimana mereka hendak fokus kepada bacaan tersebut? Oleh itu, kita dikehendaki memuliakan Al-Quran dengan tidak membacanya di tempat orang ramai yang sibuk dengan urusan tertentu.

Ustaz Muhammad Fahmi menambah, jika Al-Quran tetap dibacakan di tempat yang disebutkan, maka, tegasnya, seseorang itu dianggap mengabaikan kemuliaan Al-Quran, dan dosa tersebut akan jatuh ke atas dirinya, bukan terhadap mereka yang sibuk bekerja.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tidak menjadi kesalahan untuk berbuat demikian, malah dibenarkan untuk tidak mendengar bacaan Al-Quran yang dipasang jika seseorang itu sibuk bekerja.

Namun, apa yang perlu anda tahu dan pastikan adalah keadaan dan suasana kedai tersebut tidak terlalu bising dan sibuk seperti di pasar, bagi memastikan kemuliaan bacaan ayat suci Al-Quran terhindar daripada perbuatan dan percakapan yang lagha.

“Sebolehnya kita jagalah adab sebaiknya dalam mendengar Al-Quran, seperti tidak meninggikan suara tanpa keperluan yang mendesak ketika berurusan dan kembali mendengarnya selepas selesai pekerjaan.”

BACA: Gagal buktikan tak bersalah amang seksual, PU Azman dihukum 2 sebatan, penjara 24 tahun