Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias, atau lebih dikenali sebagai PU Azman, telah dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun
Dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan
Kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, dua tahun yang lalu.
Hakim Noridah Adam membuat keputusan tersebut setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan, yang dijalankan secara berasingan.
Mahkamah juga menetapkan agar Azman Syah, 43 tahun, menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun setelah menamatkan hukuman penjara.
Pada 26 Disember tahun lalu, Azman diperintah untuk membela diri setelah mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan tersebut.
Mengikut pertuduhan, Azman Syah didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berumur 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang pada 20 Februari dan 29 Jun 2022, masing-masing pada pukul 12.15 tengah malam dan 1 pagi.
Azman, yang juga dikenali sebagai Cik Man, berdepan sembilan pertuduhan lain, termasuk lima di Mahkamah Sesyen Seremban, dua di Mahkamah Shah Alam, dan masing-masing satu di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.
BACA:Â Tiada unsur seksual, video abang van raih pujian netizen! Kenapa ya?