Realtime website trackingweb stats

Baru tahu rupanya ini sebab kenapa badan rasa sejuk mengigil tapi tak demam

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Kesejukan dan dingin sering dialami seseorang, tetapi kadang-kadang tanpa tanda-tanda demam.

Secara umumnya, seseorang boleh menggigil kerana otot badan mengalami perubahan cepat antara penguncupan dan kelonggaran (badan menguncup).

Menurut Healthline Media, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan seseorang merasa sejuk tanpa peningkatan suhu badan, termasuk:

1. Cuaca yang sangat sejuk

Anda akan berasa sejuk ketika berada di kawasan yang dingin atau keadaan bilik yang suhunya seperti peti ais.

Baru tahu rupanya ini sebab kenapa badan rasa sejuk mengigil tapi tak demam

Kebiasaannya golongan muda kurang mendapat gejala seperti ini. Namun semakin meningkat usia, khususnya warga emas, mereka kerap mengalami kesukaran untuk mengawal suhu badan.

Bagi penghidap diabetes dan sakit jatung, mereka lebih mudah diserang selsema.

2. Kesan sampingan ubat-ubatan tertentu

Sesetengah ubat mempunyai kesan sampingan tertentu, lebih-lebih lagi jika dos ubat berkenaan diambil tidak seperti yang disyorkan.

Seperti yang dilaporkan, pengambilan pil berlebihan dengan mencampur ubat demam, sakit kepala dan perut boleh menyebabkan memberi kesan perubahan suhu seterusnya membuatkan badan menggigil dan pening.

Kerana itu pentingnya membaca label pada bungkusan ubat untuk mengelak berlaku kesan sampingan seperti berasa sejuk. Jika berlakunya gejala segeralah mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi.

3. Sukan lasak

Adakalanya latihan fizikal berintensiti tinggi sama ada berlari maraton mahupun aktiviti yang menggunakan tenaga banyak, mampu mengubah suhu teras badan dan menyebabkan badan menggigil.

Tindak balas badan ini boleh muncul dalam apa jua jenis cuaca, akan tetapi hanya berlaku ketika suhu tempat yang meningkat sejuk atau sangat panas.

4. Kelenjar tiroid atau hipotiroid yang kurang aktif

Kelenjar tiroid berfungsi untuk mengawal kadar metabolisme dan kesihatan.

Ia akan mudah terdedah kepada kesejukan jika berlaku gangguan kelenjar, punca badan menjadi lebih sensitif.

5. Paras gula dalam darah turun secara drastik atau hipoglisemia

Hipoglisemia punca penghidap berasa menggigil, lemah otot dan kesejukan. Keadaan ini mudah dialami oleh pesakit kencing manis yang mengambil ubat kawalan gula dalam darah.

Ia terjadi apabila paras gula mencecah bawah 3.9 mmoI/L (60 or 70 mg/dL). Seringkali individu hanya merasa simptom ketika mencapai aras 2.8 hingga 3.0 mmoI/L (50 to 54 mg/dL).

Namun bagi sesetengah orang jumlah gula dalam darahnya menurun tetapi bukan kategori penghidap diabetes.

6. Malnutrisi

Jika had nutrisi mencapai tahap kurang yang diperlukan tubuh, seseorang itu mudah diserang rasa sejuk.

Antara faktor lain gejala malnutrisi seperti badan cepat penat dan mengantuk, kesukaran untuk fokus, kulit pucat, timbul ruam, degupan jantung semakin cepat dan kerap jatuh pengsan.

7. Perubahan emosi

Ketakutan, kebimbangan atau imbasan pengalaman silam punca berlakunya tindak balas perubahan emosi dalam keadaan dingin tetapi tidak demam.

Ia terjadi apabila sistem saraf mencetuskan pembebasan hormon dopamin (hormon gembira yang mengawal selera dan emosi) dan neurotransmitter.

Langkah elak kedinginan berterusan tanpa gejala demam

Rasa sejuk menyengat boleh hilang dengan segera jika badan dipanaskan dengan menutup kepala dan memakai selimut.

Menurut Medical News Today, anda perlu berwaspada jika mengalami selsema tanpa demam yang berkaitan dengan keadaan hipotermia atau kesejukan radang. Keadaan ini memerlukan perhatian perubatan segera.

Walau bagaimanapun, perlu berjumpa doktor jika punca selesema mungkin ada kaitan dengan diabetes atau penyakit tiroid yang tidak terkawal.

BACA: Ramai tak tahu, ini 4 aksesori kereta yang patut diharamkan, jadi punca tak boleh claim insurans