Realtime website trackingweb stats

Baru tahu rupanya boleh servis sendiri aircond guna remote control ramai tak tahu

Oleh ADINDA

Menurut satu hantaran di laman Facebook oleh Syam Zone, anda sebenarnya boleh melakukan penyelenggaraan sendiri secara harian terhadap penyaman udara.

Anda hanya perlu mengubah beberapa tetapan pada alat kawalan jauh, yang dikatakan dapat membantu memanjangkan jangka hayat penyaman udara tersebut.

“Rupanya, anda boleh servis sendiri penyaman udara menggunakan alat kawalan jauh.

Setiap hari sebelum mematikan penyaman udara, lakukan petua ini terlebih dahulu,” ujar Syam Zone.

Langkah-langkah:

Baru tahu rupanya boleh servis sendiri aircond guna remote control ramai tak tahu

1) Ambil alat kawalan jauh, tukar ketetapan penyaman udara daripada ‘cool’ kepada ‘fan’

2) Tetapkan kelajuan kipas pada tahap paling tinggi

3) Biarkan ia berjalan selama 15 minit

4) Kini baru matikan penyaman udara

Sebab:

Menurut Syam Zone, tetapan ‘fan’ adalah sebahagian daripada proses untuk membersihkan bahagian dalam penyaman udara.

“Apabila kita aktifkan tetapan ‘fan’, kipas di dalam penyaman udara akan berfungsi tanpa menghidupkan pemampat (compressor). Ini bermakna kipas akan berfungsi seperti biasa tetapi hanya mengeluarkan angin biasa, tidak sejuk.

“Ia akan mengeringkan kelembapan di dalam unit penyaman udara, sekali gus mengurangkan pengumpulan kotoran, kulat, dan debu.

“Jangan lupa untuk menukar tetapan daripada ‘fan’ kepada ‘cool’ sebelum tidur malam. Jika tidak, bilik mungkin akan sukar untuk menjadi sejuk,” jelas Syam Zone.

BAca: Kalau tiada ilmu, silap-silap boleh jatuh haram, ustaz perjelas kes 2 imam dalam 1 masjid