Realtime website trackingweb stats

‘Banjir besar 2014 pun tak kena pindah’ – Benteng puaka punca Rantau Panjang tenggelam

Oleh FATIN AQILAH

Ramai penduduk di Rantau Panjang dilihat tidak puas hati dengan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok yang dianggap sebagai ‘benteng puaka’.

Mereka kecewa lantaran banjir besar 2014 pun tak kena pindah sebaliknya sejak beberapa tahun kebelakangan ini bah begitu kerap berlaku.

Penduduk tempatan mendakwa sejak benteng puaka itu wujud pada penghujung 2021, mereka berhadapan banjir berkali-kali dalam setahun dalam tempoh banjir yang lebih lama.

Lantaran sedih dan kecewa, mereka meletakkan tanda pagar #bentengpuaka di media sosial dengan menyifatkan ia sebagai projek yang gagal.

Antaranya, pengguna Facebook Zalani Muloh Pokteh yang berpendapat PLSB ternyata memberi mudarat lebih besar daripada manfaat.

Jelasnya, sifir ia amat mudah, bila dipecahkan oleh pemuda-pemuda berani atau terpecah sendiri dipukul arus Sungai Golok maka seluruh isi Rantau Panjang akhirnya dapat menarik nafas lega kerana air bah surut serta-merta.

“Alhamdulillah, malah ada mereka yang sudah hampir sebulan teratak teduhan sekeluarga ditenggelami bah juga mendapat sinar apabila benteng ini terbelah.

“Amat jelas ianya sebuah kegagalan yang berharga RM700 juta hingga RM1.2 bilion. Ternyata mudarat ia lebih besar daripada manfaat,” katanya.

Sementara itu, Ct Fatimah melalui hantarannya merayu pihak terbabit supaya benteng yang pecah dibiarkan begitu dan tidak ditutup semula.

Ujarnya, semenjak pembinaan projek tersebut dia perlu menghadapi banjir tiga hingga empat kali setahun.

“Kami bukan ikan yang boleh hidup dalam air. Kami ini manusia yang ada perasaan.

“Kami perlu kerja, cari rezeki. Kami reda dengan musibah banjir ini tapi kita semua pun tahu punca air tidak boleh keluar sebab benteng.

“Lepas ini jangan sesiapa tutup benteng itu, biarkan begitu sehingga fasa yang lain siap dahulu. Kami tak marah… kami nasihat demi kebaikan,” demikian luahannya.

Baca:

Maybank tawar kereta, emas kepada mereka yang belanja guna kredit eMADANI

Ini ranking negara paling banyak guna motosikal, Malaysia jatuh nombor tiga

‘Kan senang kalau semua pemandu berfikiran luar kotak macam lelaki ini, confirm jalan tak sesak dah’