Realtime website trackingweb stats

Maybank tawar kereta, emas kepada mereka yang belanja guna kredit eMADANI

Oleh ADINDA

Rakyat Malaysia, anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat bernilai lebih daripada RM500,000 dengan menebus dan belanjakan RM100 dalam kredit e-dompet eMADANI melalui aplikasi MAE Maybank.

Selain itu, ia dapat menyokong peniaga kecil dan anda boleh mendapat penyertaan tambahan melalui ‘Tap, Track, Win’ apabila Imbas & Bayar dengan MAE di lebih daripada 700,000 peniaga seperti 99 Speedmart, MyNEWS, MYDIN, WATSONS, Guardian, EcoShop, CHAGEE, Nasi Kandar Pelita, NINJAZ, dan banyak lagi!

Pengguna berpeluang menang hadiah seperti Proton S70 1.5T Premium, Proton Exora 1.6T Premium, Proton Saga 1.3L Premium SAT, motosikal Honda 2023 RSX V2, 10g emas, komputer riba ‘gaming’, Samsung Z Fold 5, Smart TV, PlayStation 5, dan wang tunai sehingga RM5,000 dalam Kempen Tebus, Belanja dan Menang.

Penggunaan kredit eMADANI sebanyak RM100 boleh dilakukan sehingga 20 Februari 2024, dengan pembelian yang dilakukan dari 4 Disember hingga 20 Februari 2024.

Kredit sebanyak RM100 dalam e-dompet akan diberikan kepada warga Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas daripada golongan B40 dan M40 mulai 4 Disember, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pelancaran Ekonomi MADANI pada 27 Julai yang lalu.

“Pengguna hanya perlu membuka aplikasi MAE, kemudian tekan ikon ‘eMADANI’ pada laman utama, masukkan maklumat mereka dan tekan ‘Submit’. Mereka akan menerima notifikasi apabila penebusan RM100 eMADANI berjaya,” menurut kenyataan Maybank.

Untuk guna kredit RM100 eMADANI dalam aplikasi MAE, boleh pilih antara imbas kod QR peniaga atau tunjuk kod QR kepada juruwang untuk diimbas.

“Jika kod QR Maybank atau DuitNow peniaga dipamerkan di kaunter, pelanggan terlebih dahulu perlu menekan ikon ‘Scan’ pada laman utama aplikasi MAE, kemudian imbas kod QR peniaga dan masukkan jumlah yang perlu dibayar, pastikan suis togol eMADANI ‘ON’ dan berwarna hijau.

“Bagaimanapun, sesetengah peniaga akan meminta untuk mengimbas kod QR pelanggan. Dalam hal ini, pelanggan perlu menekan ikon ‘Scan’ pada laman utama aplikasi MAE, kemudan tekan pada ikon ‘Show QR code’ dan tunjukkan kod QR atau kod bar kepada juruwang, pastikan suis togol eMADANI ‘ON’ dan berwarna hijau,” menurut Maybank.

Aplikasi MAE, satu aplikasi bank gaya hidup, dipilih sebagai salah satu aplikasi pengagihan kredit eMADANI untuk membantu 10 juta rakyat Malaysia dari golongan B40 dan M40.

Ini membantu mempercepatkan penerimaan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan peniaga tempatan di negara ini.

Baca:

Ini ranking negara paling banyak guna motosikal, Malaysia jatuh nombor tiga

‘Kan senang kalau semua pemandu berfikiran luar kotak macam lelaki ini, confirm jalan tak sesak dah’

‘Patutla asyik dia lepas tu dia je yang dapat tender kerajaan, rupanya ini taktik licik dia guna’