Ada satu lagi impian yang masih belum dicapai dalam kerjaya Fasha Sandha ketika dirinya bakal menjejak usia 40 tahun.
Pelakon berusia 39 tahun itu berkata, dia sudah lama mempunyai keinginan untuk beraksi membintangi filem aksi.
“Saya sebenarnya menginginkan sesuatu watak yang tidak pernah lagi dibawakan dalam lakonan.
“Malah, sama ada watak baik atau jahat, saya tidak kisah pun dan boleh saja terima asalkan ia sesuai.
“Cuma, jauh di sudut hati saya berhasrat untuk tawaran berlakon akan datang kalau ada rezeki naklah membintangi filem aksi.
“Itulah yang saya idam-idamkan, sebagaimana watak macam Lara Croft (Tomb Raider), insya-Allah,” katanya.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu berharap peluang itu akan datang juga suatu hari nanti apabila sampai masanya kerana sudah betul-betul bersedia walaupun sedar watak aksi cukup mencabar.
Dalam masa sama, isteri Aidil Aziz itu berkata, dia amat berbesar hati apabila melihat kelab peminatnya masih bersama di belakang menyokong selama 16 tahun yang disulami pelbagai memori indah.
“Saya memang tak sangka sudah sejauh ini dan sangat lama kelab peminat saya masih bertahan.
“Alhamdulillah, ia antara pencapaian terbaik saya sepanjang aktif dalam kerjaya seni sehingga sekarang dengan masih menerima tawaran lakonan.
“Jadi, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli kelab peminat saya yang baik-baik, sering menyokong dan selalu memberi kata-kata semangat.
“Tak sangka sudah 16 tahun kami bersama-sama,” kata Fasha lagi.
Baca:
Maybank tawar kereta, emas kepada mereka yang belanja guna kredit eMADANI
Ini ranking negara paling banyak guna motosikal, Malaysia jatuh nombor tiga
‘Kan senang kalau semua pemandu berfikiran luar kotak macam lelaki ini, confirm jalan tak sesak dah’