Perbadanan Putrajaya (PPj) akan memulakan tempoh percubaan operasi Kenderaan Transit Aliran Automatik (ART) selama tiga bulan, bermula 13 Mei hingga 31 Julai ini.
Kenderaan Transit Aliran Automatik (ART) merupakan sistem pengangkutan awam yang menggunakan kenderaan bergerak secara automatik di atas landasan tetap.
ART biasanya beroperasi dalam kawasan bandar yang padat dengan menggunakan teknologi pengendalian automatik tanpa pemandu.
Kenderaan ini dapat bergerak dengan lancar tanpa gangguan lalu lintas biasa, menjadikannya pilihan yang efisien dan cepat untuk pengangkutan dalam bandaraya.
PPj menyatakan bahawa projek rintis di Putrajaya ini adalah usaha perbadanan tersebut untuk memperkenalkan ART sebagai salah satu mod pengangkutan yang melengkapi rangkaian sistem sedia ada.
Selain itu, dua laluan diperkenalkan sempena tempoh percubaan tersebut iaitu laluan 1A yang akan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat, bermula dari MRT Putrajaya Sentral menghala ke Lebuh Wawasan, Persiaran Perdana, Lingkaran Gemilang dan kembali semula ke MRT Putrajaya Sentral.
PPj menyatakan bahawa laluan kedua iaitu laluan 2B hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, akan turut bermula dari MRT Putrajaya Sentral ke Persiaran Perdana, kemudian menghala ke Lebuh Bestari, Persiaran Timur dan IOI Putrajaya sebelum kembali semula ke MRT Putrajaya Sentral.
“Orang awam yang ingin menaiki ART hanya perlu menggunakan aplikasi melalui kod QR yang disediakan di stesen mengambil penumpang,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook, hari ini.
Menurut PPj, sebanyak tiga perjalanan disediakan setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Baca:
Negara kalau dah kaya, Rolls-Royce harga RM1.2 juta pun buat jadi kereta polis je, memang rare!
Menantu Abby nak dapat baby? Perbualan whatsapp pecah rahsia sedang hamil
Waze punya pasal, lelaki sesat 6 jam dalam felda di Kedah, menangis kebingungan