Apa niat sebenar mesin ATM Maybank ada dua cctv?

Oleh ABDULLAH HAMID

Apa niat sebenar mesin ATM Maybank ada dua cctv? Baru-baru ini, tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat dua kamera pada beberapa mesin ATM milik Maybank, yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna mengenai keselamatan dan privasi mereka.

Tidak berdiam diri, pihak Maybank tampil memberikan penjelasan rasmi untuk meredakan kekeliruan.

Proses Naik Taraf Sistem Keselamatan, Bukan Untuk Intipan

Menurut kenyataan bank tersebut, kehadiran dua kamera pada mesin ATM tertentu adalah sebahagian daripada proses penaiktarafan sistem pemantauan keselamatan yang sedang dijalankan.

“Sepanjang tempoh naik taraf ini, sesetengah mesin mungkin dipasang dua kamera buat sementara waktu untuk memastikan pemantauan berjalan lancar,” jelas Maybank.
Maybank turut memaklumkan bahawa salah satu kamera akan dialih selepas proses naik taraf selesai sepenuhnya.

Tiada Rakaman Data Peribadi, Hanya Untuk Pantauan Umum

Bagi menjawab kebimbangan orang ramai, Maybank memberi jaminan bahawa semua kamera yang digunakan adalah semata-mata untuk tujuan keselamatan — bukan untuk merakam maklumat sensitif pelanggan.

“Kamera ini hanya digunakan untuk memantau aktiviti umum di sekitar mesin ATM dan tidak merakam sebarang data transaksi atau maklumat peribadi pelanggan,” tegas kenyataan itu.

BACA JUGA :

22 juta data pelanggan bocor di ‘Dark Web’, ini penjelasan Maybank

Tiada lagi Maybank2u selepas 30 Jun 2024

Beberapa perkhidmatan Maybank akan tergendala pada 9 Mac 2024