Realtime website trackingweb stats

Tiada lagi Maybank2u selepas 30 Jun 2024

Oleh FATIN AQILAH

Dalam satu kenyataan, Maybank mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan semua kemaskini aplikasi Maybank2U MY bermula 30 Jun 2024.

Ini bermakna aplikasi tersebut tidak lagi boleh dimuat-turun daripada Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei AppGallery selepas tarikh tersebut.

Walau bagaimanapun, Maybank menyatakan bahawa aplikasi Maybank2U yang sudah dipasang pada telefon pintar masih boleh digunakan buat masa ini.

Maybank menggalakkan pengguna untuk beralih sepenuhnya kepada aplikasi MAE bagi memastikan pengalaman perbankan dalam talian sentiasa ditingkatkan dan dikemaskini.

Selain itu, aplikasi MAE juga menawarkan setiap ciri yang tersedia dalam aplikasi Maybank2U MY,

Tiada lagi Maybank2u selepas 30 Jun 2024

malah lebih lengkap dengan fungsi perbankan tambahan dan langkah keselamatan yang diperkukuhkan untuk melindungi urusan perbankan pengguna.

Selain Maybank, sebelum ini CIMB juga telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan lagi menawarkan aplikasi CIMBClicks, dan meminta pengguna untuk memuat-turun CIMB OCTO sebagai penggantinya.

BACA: Jangan asal murah je terus beli, ini kesan makan telur pecah ramai tak tahu