Realtime website trackingweb stats

Anak sejenis ‘happy-go-lucky, pelakon luah rasa bengang selepas anak sulung mengadu sesuatu selepas pulang sekolah

Oleh NUR KASIH

Pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman, meluahkan rasa marah apabila mengetahui anak sulungnya menjadi mangsa buli di sekolah.

Menurut Norreen, 30, kejadian buli itu telah berulang kali berlaku kepada anaknya, Ellen, yang kini berusia sembilan tahun.

Norreen juga pernah berjumpa dengan pihak sekolah sebelum ini untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Berkali-kali dan kena sepak, tolak dan ini kaki dah luka. Sampai dia cakap tak selesa makan di sekolah.

“Bukan tak pernah datang sekolah, cuma ikut undang-undang dan biar cikgu disiplin yang selesaikan,” katanya.

Anak sejenis 'happy-go-lucky, pelakon luah rasa bengang selepas anak sulung mengadu sesuatu selepas pulang sekolah

Norreen berkongsi perasaannya di Instagram tentang keadaan terkini Ellen yang tiba-tiba jatuh sakit selepas pulang dari sekolah pada hari Selasa.

Pelakon tersebut juga menunjukkan kesan luka pada kaki anaknya yang dipercayai akibat dibuli oleh pelajar lelaki di sekolah yang sama.

“Balik sekolah badan terus tak sihat. Siapa tak naik angin? Dah la anak aku ini sejenis yang happy go lucky,” ujarnya.

Lebih teruk lagi, Ellen mengadu bahawa pelajar tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya walaupun sekolah swasta itu aliran agama.

Sementara itu, dalam satu lagi video di Instastory, Norreen menyatakan hasrat untuk bersemuka dengan pihak sekolah dan merancang untuk memindahkan anaknya ke sekolah lain.

Selain itu, pelakon tersebut turut menasihati ibu bapa supaya sentiasa memantau anak-anak mereka agar kejadian seperti ini tidak berulang.

“Periksalah anak-anak anda di sekolah. Minta perkembangan dari cikgu,” luahnya.

Baca:

Awas! Elak kongsi ‘screenshot’ akaun KWSP jika tidak mahu terdedah dengan ancaman ini

Dah berzaman sambut hari ibu, ada yang dakwa bercanggah syarak? Ini penjelasan dan nasihat mufti

Mak-mak boleh cuba resipi ikan siakap buttermilk bakar untuk hidangan keluarga, sedap & lemak berkrim!