Netizen kecewa dengan Ning Baizura yang tidak peka dengan isu kemanusiaan di Gaza dan Rafah.
Ketika ini, media sosial penuh dengan kempen solidariti untuk Palestin termasuk menggunakan slogan: ‘All Eyes On Rafah’.
Ning Baizura, yang ketika itu sedang berkaraoke menghiburkan peminatnya, ternampak satu komen yang tertulis ‘All Eyes On Rafah’.
Dia terus bertanya: ‘Siapa tu?’
Peminat agak kecewa dengan reaksi Ning Baizura yang dianggap tidak peka tentang isu semasa berkaitan kemanusiaan.
Dia malah menganggap Rafah sebagai nama manusia sedangkan ia adalah satu wilayah di Palestin.
Netizen menganggap Ning Baizura sebagai contoh bahawa ramai artis Malaysia pada hari ini hanya mementingkan diri sendiri dan tidak ambil peduli tentang apa yang berlaku di luar sana.
Seorang netizen menyatakan bahawa: “Malu jela kat bangsa lain overseas [luar negara] yang sanggup berjuang lawan bagi sokongan untuk Palestin.
Kau yang Islam melayu macacam ni.
Aiyoooo tak tahu la nak cakap apa.
Lantak kau la.
Urban sangat kan.”
Beberapa hari lalu, rakyat Malaysia telah mula mencetuskan kempen Blockout 2024 versi ‘local’.
Mereka mula menyasarkan selebriti dan pempengaruh media sosial yang tidak pernah bersuara tentang isu kemanusiaan untuk diboikot.
Kempen ini sebenarnya bermula di Amerika Syarikat.
Ia berlaku apabila seorang pempengaruh telah menyinggung perasaan netizen semasa mengendalikan acara Met Gala.
Netizen mula menyenaraikan ramai selebriti untuk diboikot dan ‘block’ mereka di platform media sosial.
Peminat kecewa kerana selebriti yang mereka puja dan sokong selama ini tidak mampu bersuara tentang isu kemanusiaan yang sedang melanda dunia.
“All eyes on Rafah. Who’s that?” Ada eh manusia yang macam ni sekali? Kalau cakap artis malaysia memang ramai out of touch or just plain bangang kang mula lah sekor sekor sentap terpaling artist pun struggle jugak blablabla. Its high time we de-influence n defund these people lah pic.twitter.com/EKaWQkzx0h
— Juju (@arxxxxmand) May 14, 2024
Baca:
Semua benda Aliff dedah dalam Melodi, akui diri ‘pendosa yang jujur’
”Siapa kita untuk..” Scha Alyahya beri pesanan ‘padu’ kepada mak cik bawang
Dah besar baru tahu trick sebenar lari dalam guni, lajunya dah macam lari biasa