Realtime website trackingweb stats

Semua benda Aliff dedah dalam Melodi, akui diri ‘pendosa yang jujur’

Oleh ABDULLAH HAMID

Pelakon dan penyanyi terkenal, Aliff Aziz, mengakui dirinya seorang pendosa yang jujur ketika ditanya dalam temu bual bersama Melodi sama ada dia seorang pembohong atau pendosa yang jujur.

Dalam temu bual itu, Aliff menyatakan rasa kesal atas tindakannya yang mengaibkan isterinya, Bella Astillah, dan menegaskan bahawa tiada lagi yang perlu disembunyikan setelah semua pendedahan sebelumnya menjadi tular.

Aliff juga mengakui kelemahan dirinya tetapi berhasrat untuk memperbaiki diri dan menjadi individu yang lebih baik.

“Dengan apa yang sudah didedahkan, tiada apa lagi yang perlu dibohongkan. Saya seorang pendosa yang jujur.

“Saya orang yang jauh daripada sempurna yang nak belajar jadi baik. Sekiranya dapat putar balik masa, saya akan tarik balik daripada mengaibkan ibu kepada dua anak saya,” katanya.

Semua benda Aliff dedah dalam Melodi akui diri pendosa yang jujur

Sementara itu, Aliff berkata sekiranya berlaku perceraian, beliau akan memberikan hak penjagaan kepada Bella, namun beliau mahukan hak yang adil sebagai seorang bapa.

“Sekiranya perceraian ini berlaku, hak penjagaan ini akan diberikan kepada ibu, saya tidak akan melawan keputusan hak penjagaan itu.

“Apa yang saya mahukan ialah hak sebagai seorang bapa yang adil seperti melawat dan bermalam dengan anak-anak. Saya tidak mahu hubungan dengan anak-anak terputus atau terhalang,”

Baca:

”Siapa kita untuk..” Scha Alyahya beri pesanan ‘padu’ kepada mak cik bawang

Dah besar baru tahu trick sebenar lari dalam guni, lajunya dah macam lari biasa

Tak perlu berkejar ke mamak lagi jika mengidam ayam tandoori, buat sendiri di rumah lagi puas hati