Realtime website trackingweb stats

Akhirnya anak Tun M istihar harta pada SPRM, ini nilai harta menurut portal MalaysiaToday

Oleh NUR KASIH

Dua anak bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, iaitu Mokhzani dan Mirzan,

Beliau telah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, memaklumkan bahawa kedua-dua anak Dr Mahathir telah melengkapkan

pengisytiharan harta mereka mengikut tempoh yang ditetapkan oleh suruhanjaya itu.

“Mereka telah membuat pengisytiharan harta kepada kami (SPRM) dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Akhirnya anak Tun M istihar harta pada SPRM, ini nilai harta menurut portal MalaysiaToday

“Pihak penyiasatan kini sedang menjalankan libat urus dan penyelarasan dengan peguam mereka,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Dan dibawah ini merupakan hasil kekayaan anak Tun M menurut portal Malaysia-Today.net.

https://www.malaysia-today.net/2018/06/28/kekayaan-luar-biasa-anak-anak-tun-dr-mahathir-part-1/

Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri yang ke-7 harus menerangkan kepada rakyat Malaysia bagaimana anak-anak beliau boleh menjadi kaya raya dalam masa yang begitu singkat.

Malah, Dr Mahathir juga telah berjanji akan menghapuskan jenayah rasuah, nepotism dan kronisme. Mungkin beliau boleh memulakan dengan mendedahkan cara keluarganya menjadi kaya raya.

Ranking anak Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani Mahathir mungkin sudah terkeluar daripada senarai 40 rakyat Malaysia paling kaya selepas beliau menjual sahamnya dalam Sapura Energy dan keluar dari perniagaan Gas dan Minyak.

Tetapi, pada 2014 beliau tersenarai didalam 10 individu terkaya Malaysia oleh majalah Malaysian Business dengan jangkaan nilai harta sekitar RM4.22 bilion,

menjadikan beliau orang Melayu kedua terkaya selepas ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – dan peningkatan kekayaannya yang meningkat hari demi hari masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

BACA: Lee Zii Jia dedah seluruh badan sakit ini puncanya