Realtime website trackingweb stats

Ajaran Mhd. Mohib Khouli Nazem memang merepek, ini 7 ciri pegangan sesat lagi menyesatkan

Oleh AHMAD ISMAIL

 

Ajaran dan fahaman yang dibawa oleh seorang lelaki, Mhd. Mohib Khouli Nazem dari Syria adalah sesat dan haram diikuti umat Islam kerana bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem adalah sesat lagi menyesatkan dan bercanggah dengan tonggak akidah Islam yang diyakini oleh ulama’ al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah.

Mufti Terengganu, Datuk Dr. Mohamad Sabri Haron berkata, ajaran Mhd. Mohib Khouli Nazem merupakan fahaman ektremis agama atau golongan pelampau atau ghuluw yang boleh mengancam keselamatan negara.

Sehubungan itu, beliau menggesa mereka yang mempercayai, mengajar, belajar, menyebarkan atau mengamalkan ajaran itu juga wajib segera bertaubat kepada Allah.

Untuk rekod, Mhd. Mohib Khouli Nazem yang berkerakyatan Syria sekarang menetap di negara ini setelah berkahwin dengan rakyat tempatan.

Dia sebelum ini sering membuat siaran secara langsung di Facebook dan menyampaikan ceramahnya kepada orang ramai.

Ini 7 ciri penyelewengan ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem:

1. Jika Allah S.W.T menghendaki mengadakan anak untuk diriNya, Dia Maha Berkuasa menciptanya.

Dakwaan ini merosakkan pegangan akidah masyarakat Islam kerana memahami bahawa Allah S.W.T harus mempunyai anak, sedangkan jelas Allah S.W.T mustahil mempunyai anak.

2. Jika Allah S.W.T menghendaki duduk atas belakang sayap nyamuk, Dia Maha Berkuasa melakukannya.

Dakwaan ini merosakkan pegangan akidah masyarakat Islam kerana memahami seolah-olah Allah S.W.T mempunyai sifat dan jisim yang sama seperti makhluk.

3. Mendakwa bahawa pentakwilan ayat-ayat sifat Allah S.W.T yang diterima pakai oleh aliran ulama’ al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah seperti Istiwa’, Wajh, Yad dan seumpamanya adalah sesat sama kedudukannya seperti ajaran kumpulan Mu’tazilah dan Jahmiyyah yang sesat.

4. Mendakwa bahawa golongan al-Asya’irah adalah sama dengan golongan Yahudi, Jahmiyyah, Mu’tazilah, Musyrikin dan penyembah lembu.

5. Mendakwa bahawa akidah para ulama al-Asya’irah seperti Imam al-Ghazali, Imam al-Nawawi, Imam Fakhruddin al-Razi, Imam al-Syahrastani dan Sultan Ulama I’zzuddin Ibn ‘Abd al-Salam adalah sama pegangan dengan akidah puak sesat Jahmiyyah.

6. Mendakwa bahawa Imam Abu Hanifah mati dalam keadaan kufur; dan

7. Mendakwa bahawa tidak sah solat di belakang imam yang berpegang dengan akidah al-Asya’irah. Jika solat Jumaat di belakang imam yang bermazhab al-Asya’irah, maka solatnya hendaklah diulang dengan solat Zohor.

Baca:

Ini 3 langkah urutan mudah supaya anak cepat bercakap, ada ibu sahkan nampak perubahan

Ramai pandang remeh faedah berjalan, senaman mudah ini terbukti jadikan wanita lebih menawan

“Bagus orang Selangor, tak makan wang haram” – MAIS puji tindakan salur RM1.8 juta wang haram ke baitulmal