Adik Bella masih trauma, tindakan Rina Harun mendapat kecaman netizen

Oleh ADINDA

Adik Bella masih trauma, tindakan Rina Harun mendapat kecaman netizen. Kes penderaan melihatkan seorang remaja sindrom down, adik Bella sedang rancak dibualkan di media sosial apabila makin hari banyak pendedahan oleh saksi yang sungguh menyayat hati.

Lebih mendapat perhatian apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut tampil bersuara bagi memastikan kes tersebut mendapat keadilan selayaknya memandangkan pihak Orang Kena Tuduh (OKT) tampil dengan 10 orang peguam bagi mewakili dirinya.

Memastikan pembelaan untuk adik Bella

Ekoran itu, dilihat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun mulai turun padang dan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kesudiannya bersama-sama untuk bekerjasama bagi memastikan pembelaan untuk adik Bella.

Namun begitu, hasrat murni tersebut dihentam teruk oleh warganet kerana dikatakan lewat bertindak bagi membela nasib remaja sindrom down, Bella.

Rina Harun dihentam lagi!

Tidak cukup dikritik selepas mengeluarkan kenyataan tersebut, Datuk Seri Rina Harun atau lebih mesra disapa Rina Harun itu sekali lagi menjadi mangsa kritikan warga Twitter pada hari ini.

Menerusi video dikongsikan pada ciapan yang dimuat naik oleh Syed Akramin, kelihatan Rina dilihat telah melawat Bella yang berada di sebuah hospital.

Tambahnya, tindakan tersebut sangatlah tidak berasas dan teruk kerana reaksi reaksi yang ditunjukkan oleh adik Bella ternyata dia masih trauma dengan insiden yang berlaku kepada dirinya.

Bawa media, semua itu cuma publisiti

Pada masa yang sama, pemuda itu mengatakan tindakan Rina Harun membawa pengamal media seperti wartawan dan jurugambar semasa sesi lawatan ke hospital tersebut hanyalah mencari publisiti semata-mata.

“Yang kau bawa dia keluar jumpa photographer kenapa? Kau tak ada hati perutkah? Semua untuk publisiti diri kau sahaja tanpa fikir orang lain.” tulisnya.

“Bella belum bersedia nak jumpa orang luar”

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen mengelar tindakan Rina Harun dengan mengatakan adik Bella masih belum bersedia untuk berjumpa dengan orang luar.

Ini dapat dilihat remaja itu tidak selesa apabila dibawa keluar dan berhadapan dengan para wartawan dan jurugambar yang mengetik kamera bersama flash.

Adik Bella masih trauma, tindakan Rina Harun mendapat kecaman netizen
Adik Bella masih trauma, tindakan Rina Harun mendapat kecaman netizen

Tengoklah cara Bella peluk tangan jururawat tu…

Lebih ketara lagi, terdapat netizen mengatakan reaksi adik Bella memeluk tangan jururawat jelas menunjukkan dia tidak selesa dengan tindakan tersebut.

Adik Bella masih trauma, tindakan Rina Harun mendapat kecaman netizen

Adik Bella masih trauma, tindakan Rina Harun mendapat kecaman netizen

Tidak kisahlah jika Datuk Seri Rina Harun mahu menunjukkan dirinya menjalankan tugas dan peranan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, namun diminta menjaga privasi dan perasaan adik Bella.

Sumber: Twitter @SyedAkramin, @wahidahu55ain

Baca:

Penting baca label sebelum membeli buah, elak beli buah dari 2 negara ini

Mudah dan pantas, tukar duit raya di mesin ATM je sekarang

Bagi Warga Asing Isi RON95, Ini Amaran Kerajaan !!!

Tonton: