Realtime website trackingweb stats

Netizen Malaysia dakwa filem ‘Ipar Adalah Maut’ hina Islam ini respon netizen Indonesia

Oleh FATIN AQILAH

Filem Indonesia terbaru Ipar Adalah Maut (2024) sedang mencetuskan perbualan hangat di kalangan netizen Malaysia dan Indonesia.

Dikatakan diadaptasi daripada kisah benar, filem ini mengetengahkan tema hubungan keluarga yang kompleks.

Walaupun membawa tema ‘Islamik,’ ia turut menampilkan babak-babak intim yang dianggap berani, sehingga mencetuskan kontroversi.

Bagi sebahagian penonton, karya ini dilihat sebagai kontroversial kerana mengandungi elemen yang didakwa

Menyimpang daripada nilai moral Islam. Netizen Malaysia, khususnya golongan Muslim, mengkritik filem ini sebagai “penunggang agama.”

Netizen Malaysia dakwa filem ‘Ipar Adalah Maut’ hina Islam ini respon netizen Indonesia

“Karya sebegini mengundang kekeliruan tentang nilai Islam sebenar dalam filem. Jangan jadikan ‘fast-food faith’ ini sebagai inspirasi spiritual,” ujar seorang pengguna media sosial, @WVGIF, yang menggesa agar masyarakat kembali kepada ilmu agama yang tulen.

Sebaliknya, ada juga yang menganggap kritikan terhadap filem ini sebagai keterlaluan. Mereka berpendapat adegan kontroversi tersebut tidak sepatutnya menenggelamkan nilai seni keseluruhan filem.

“Isu ini lebih tentang kemajuan sinematografi Indonesia, bukan semata-mata moraliti,” kata @Munuy13, yang melihat filem ini sebagai lambang peningkatan standard industri filem Indonesia melalui sinematografi, muzik, dan naratif yang lebih kompleks.

Namun, tidak semua bersetuju. Pengkritik seperti @theloratadine menegaskan teguran terhadap Ipar Adalah Maut perlu dipandang serius, kerana filem mampu membentuk persepsi masyarakat terhadap nilai agama dan moral.

Perdebatan ini menunjukkan bahawa penerimaan filem bukan sekadar soal seni, tetapi juga bagaimana ia menyeimbangkan nilai budaya dan sensitiviti penonton.

BACA: Ini nilai pasaran semasa pemain bola sepak JDT nombor 42