Realtime website trackingweb stats

Menteri Kewangan umum individu yang berpendapatan RM100K ke atas bakal dikenakan CUKAI lebih 20% !

Oleh FATIN AQILAH

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, telah mengumumkan bahawa cukai sebanyak 20% atau lebih

akan dikenakan ke atas individu yang berpendapatan lebih RM100,000 bermula tahun hadapan.

Dalam ucapannya semasa penggulungan RUU Perbekalan 2025, Amir Hamzah menjelaskan bahawa

cukai ini melibatkan individu yang memperoleh pendapatan melalui gaji dan dividen syarikat persendirian.

Bagi pemilik syarikat yang menerima kedua-dua gaji dan dividen, cukai syarikat boleh meningkat hingga 30%,

Menteri Kewangan umum individu yang berpendapatan RM100K ke atas bakal dikenakan CUKAI lebih 20% !

manakala pemilik yang hanya menerima dividen sahaja akan dikenakan cukai sebanyak 20%.

Selain itu, cukai ke atas dividen akan dikenakan ke atas semua pemegang saham, baik dalam syarikat tersenarai mahupun tidak tersenarai.

Amir menjelaskan bahawa langkah ini diambil untuk memastikan golongan berkemampuan turut menyumbang kepada hasil negara.

Namun begitu, tarikh penguatkuasaan cukai baru ini masih belum ditetapkan dan akan diumumkan pada masa akan datang.

BACA: Rupanya ini fungsi loceng di hospital, ada kaitan dengan pesakit kanser