Realtime website trackingweb stats

Nampak remeh tapi ini punca handphone cepat rosak ada kaitan dengan kereta

Oleh AHMAD ISMAIL

Pernah tak korang alami situasi yang memeningkan bila bateri telefon habis semasa tengah perjalanan jauh?

Lebih stres lagi kalau masa tu powerbank pun tak bawa, sedangkan korang sangat perlukan telefon untuk guna Waze.

Zaman sekarang, telefon memang jadi benda wajib, terutama semasa dalam perjalanan.

Kalau dah terdesak sangat, mengecas telefon guna USB port dalam kereta mungkin jadi pilihan terakhir.

Sekali-sekala memang boleh, tapi tahukah korang, kalau jadi kebiasaan, ia boleh bawa risiko merosakkan kereta dan telefon bimbit korang?

Nampak remeh tapi ini punca handphone cepat rosak ada kaitan dengan kereta

1. Bateri Kereta Cepat Habis

Ramai yang mungkin tak tahu, mengecas telefon kerap dalam kereta tanpa menghidupkan enjin boleh menyebabkan bateri kereta cepat ‘kong’.

Ini kerana arus elektrik diambil terus dari bateri kereta untuk mengecas telefon. Jika dilakukan berulang kali, bateri kereta akan lemah dan akhirnya tidak lagi berfungsi dengan baik.

2. Port Pengecasan Rosak

Setiap kali korang sambungkan dan cabut kabel USB, port pengecasan dalam kereta boleh menjadi longgar.

Apabila port rosak, arus elektrik mungkin tidak dapat dihantar dengan baik, menyebabkan telefon tidak dicas dengan sempurna atau langsung tidak menerima arus elektrik.

3. Telefon Rosak

Satu lagi masalah ialah telefon yang menjadi panas semasa mengecas. Ini sering berlaku jika telefon ‘overcharge’ atau digunakan untuk bermain game, menonton video, atau membuat panggilan video semasa dicas.

Lebih buruk jika menggunakan adapter pengecas yang salah, kerana kebanyakan telefon memerlukan 5V tetapi port kereta biasanya menggunakan 12V. Ini boleh merosakkan telefon secara perlahan, bermula dengan bateri yang semakin merosot kesihatannya.

Selain itu, ada risiko keselamatan lain yang boleh membahayakan korang dan penumpang dalam kereta.

Telefon yang panas semasa pengecasan boleh mengganggu sistem elektrik kereta atau mencetuskan masalah keselamatan yang mengganggu perjalanan.

Kesimpulannya, mengecas telefon dalam kereta sepatutnya hanya dilakukan apabila benar-benar terdesak. Sebaiknya, bawa power bank sebagai persediaan atau cas telefon sebelum memulakan perjalanan.

Walaupun nampak remeh, kebiasaan mengecas telefon dalam kereta boleh membawa masalah jangka panjang kepada kereta, telefon, dan keselamatan korang.

BACA: Kontroversi UMobile, Vincent Tan dedah cerita sebenar, pertahan Yang di-Pertuan Agong