Taikun perniagaan, Vincent Tan, mempertahankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,
Di tengah kontroversi pemilihan U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua di negara ini.
Tan, yang juga pengerusi U Mobile, menjelaskan bahawa Sultan Ibrahim telah menjadi pemegang saham syarikat tersebut
Sejak tahun 2015, iaitu sembilan tahun sebelum baginda diangkat sebagai Agong.
“Ketika kita menggalakkan perbincangan awam yang sihat, kita juga perlu memastikan bahawa sebarang komenmelibatkan Agong dibuat dengan bertanggungjawab dan berdasarkan fakta, bukannya tuduhan tidak berasas.
“U Mobile sentiasa terbuka untuk berkomunikasi dengan masyarakat secara telus dan membina.
“Ini kerana kejayaan U Mobile adalah hasil sokongan daripada masyarakat…,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Business Today hari ini.
Sultan Ibrahim merupakan pemegang saham kedua terbesar dalam U Mobile, dengan pegangan sebanyak 22.3 peratus.
Pemegang saham terbesar adalah Straits Mobile Investments Pte Ltd, anak syarikat ST Telemedia milik syarikat pelaburan Singapura, Temasek, dengan pegangan 48.3 peratus.
Hari ini, Straits Mobile Investments mengumumkan bahawa mereka akan mengurangkan pegangan mereka kepada 20 peratus.
Tidak jelas siapa yang akan memiliki 29 peratus pegangan yang dilepaskan itu, tetapi jika ia tidak diambil oleh satu entiti tunggal, Sultan Ibrahim berpotensi menjadi pemegang saham terbesar selepas ini.
Selain penglibatan Agong, keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai pemilihan U Mobile menimbulkan persoalan mengapa syarikat telekomunikasi lain yang lebih berpengalaman tidak dipilih.
Tan menyatakan dalam kenyataannya hari ini bahawa U Mobile mempunyai keupayaan yang setanding dengan syarikat lain.
“Dengan liputan rangkaian populasi mencapai 95 peratus, U Mobile adalah setanding dengan CelcomDigi dan Maxis,” ujarnya.
Beliau juga menambah bahawa U Mobile merupakan syarikat telekomunikasi pertama yang menawarkan perkhidmatan 5G tanpa kos tambahan dan secara konsisten menawarkan perkhidmatan pada harga 20 hingga 25 peratus lebih rendah berbanding pesaingnya.
SKMM sebelum ini menyatakan bahawa U Mobile dipilih berdasarkan beberapa faktor, termasuk pelan perniagaan dan teknikal, kadar aduan dan kepuasan pelanggan, serta rekod prestasi syarikat dalam melaksanakan inisiatif infrastruktur lain.
Namun, SKMM tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana bidaan U Mobile lebih baik berbanding syarikat lain.
Dalam pada itu, Tan turut mengkritik pentadbiran bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, atas usaha mewujudkan monopoli 5G melalui Digital Nasional Berhad (DNB).
Beliau mendakwa langkah itu mendedahkan risiko kepada wang pembayar cukai.
Sebaliknya, Tan menegaskan bahawa jaringan U Mobile tidak akan menggunakan dana awam.
“Bertentangan dengan tuduhan tidak berasas, tiada kontrak bernilai berbilion ringgit yang melibatkan wang pembayar cukai diberikan kepada U Mobile.
“U Mobile akan menanggung keseluruhan kos pelaksanaan rangkaian kedua ini.
“Tiada satu sen pun wang pembayar cukai akan digunakan, berbeza dengan model monopoli pentadbiran Muhyiddin yang didanai oleh pembayar cukai dan berisiko terhadap kewangan awam,” tambahnya.
BACA: Tak tahan ditekan, akhirnya PM Israel mengaku bertanggungjawab kelui meletup di Lubnan