Bahasa badan memainkan peranan penting dalam komunikasi, ini kerana penggunaan bahasa badan yang tepat
Dapat meningkatkan interaksi dengan rakan sekerja dan memberi gambaran yang lebih positif tentang diri kita.
Berikut adalah beberapa tingkah laku atau bahasa tubuh yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan harian.
Tingkah laku yang perlu dielakkan:
1.Kedudukan tangan
Menggenggam tangan atau meletakkannya di bawah paha boleh menunjukkan ketidakselesaan dan kurang keyakinan diri.
2.Tutup badan
Menyilang lengan atau menutup badan dengan objek seperti fail menunjukkan sikap defensif dan menghalang interaksi.
3.Sentuh wajah
Sering menyentuh wajah memberi isyarat tentang rasa tidak yakin atau keinginan untuk menyembunyikan sesuatu.
4.Gigit kuku
Tingkah laku ini sering dikaitkan dengan kebimbangan dan boleh memberi tanggapan negatif kepada orang lain.
Sebaliknya, tingkah laku yang perlu diamalkan adalah seperti berikut:
1.Duduk terbuka
Pastikan posisi duduk anda terbuka dan relaks. Ini menunjukkan anda bersedia untuk berinteraksi dan mendengar.
2.Senyum
Senyuman adalah salah satu cara paling mudah untuk menunjukkan keramahan dan keyakinan.
3.Kontak mata (eye contact)
Menjaga pandangan mata ketika berbual menunjukkan perhatian dan keyakinan.
4.Autoriti
Berdiri atau duduk dengan postur yang tegak memberi gambaran bahawa anda seorang yang berwibawa.
5.Tapak tangan ke atas
Menghadapkan tapak tangan ke atas ketika bercakap menunjukkan keterbukaan dan kejujuran.
6.Angguk kepala
Mengangguk semasa mendengar menunjukkan anda mendengar dengan aktif dan menghargai pandangan orang lain.
Dengan mengamalkan tip tentang tingkah laku seperti yang dikongsikan oleh Pegawai Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Dr. Raja Kamariah Raja Mohd Khalid, anda akan kelihatan lebih yakin dan mudah berurusan dengan orang lain.