Realtime website trackingweb stats

Selepas sarapan bersama, Khairul Aming dapat surat penghargaan rasmi daripada PM New Zealand

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Pempengaruh terkenal, Khairul Aming muat naik di Instagram surat penghargaan itu dihantar pada

16 September 2024 dan ditandatangani sendiri oleh Christopher Luxon.

Dalam posting tersebut, PM New Zealand mengucapkan terima kasih atas layanan baik yang diberikan

semasa pertemuan mereka untuk bersarapan bersama ketika lawatannya ke Malaysia beberapa minggu lalu.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau terinspirasi dengan kisah bagaimana Khairul Aming memulakan konten memasak yang mendapat perhatian jutaan rakyat Malaysia.

Selepas sarapan bersama, Khairul Aming dapat surat penghargaan rasmi daripada PM New Zealand

Luxon mengagumi usaha keras Khairul Aming dan pasukannya, serta berterima kasih kerana mengajarnya cara membuat roti jala, cendol, dan hidangan sarapan yang menggugah selera semasa pertemuan mereka.

“Kita baru terima surat penghargaan rasmi daripada Perdana Menteri New Zealand di Wellington. Doakan agar kami dapat teruskan buat konten yang harumkan nama Malaysia di mata dunia,” tulisnya.

Sebelum ini, Khairul Aming berpeluang bertemu dengan Perdana Menteri New Zealand semasa lawatan rasminya ke Malaysia.

Pertemuan dengan Luxon itu merupakan tanda penghargaan daripada pihak New Zealand untuk video memasak yang dihasilkan Khairul Aming di negara berkenaan sebelum ini.

BACA: ‘Member’ liat bayar hutang? ahli parlimen Bangi tunjuk cara heret masuk mahkamah, tak perlu upah peguam pun