Jika ada di antara kita yang bosan dengan rutin makan nasi berlaukkan telur dan kicap setiap hari,
Di luar sana mungkin ada orang yang akan sangat bersyukur dengan makanan tersebut.
Lebih menyedihkan, apabila kita melihat individu yang sanggup menyelongkar sampah demi mencari sisa makanan,
Tidak dapat tidak, hati kita akan merasa hiba melihat keadaan mereka yang kelaparan.
Inilah yang berlaku kepada seorang lelaki warga emas yang dilihat sedang mencari cebisan makanan di tempat pembuangan sampah sekitar Ipoh, Perak.
Menurut laman Facebook Ipoh Com, sebuah video tentang kejadian ini telah dikongsi dan berjaya meraih lebih 9,700 perkongsian dalam masa 24 jam.
“Lokasi berhampiran UTC Pasar Besar di Ipoh. Pakcik ini mencari makanan dalam sampah dan memakan sisa yang dibuang oleh orang lain,” tulis kapsyen video tersebut.
Dalam video tersebut, warga emas itu kelihatan seperti gelandangan dengan pakaian yang kotor dan keadaan dirinya yang tidak terurus. Dia juga kelihatan kurus dan agak tidak sihat. Begitu sahaja dia menjumpai cebisan sisa makanan, dia terus makan tanpa ragu-ragu.
Beberapa pengguna Facebook turut meninggalkan komen bahawa mereka sering melihat pakcik tersebut di sekitar Ipoh.
BACA: Jual menu western pada harga rm1.90 kalah harga RAHMAH! Kedai ini raih perhatian