Realtime website trackingweb stats

Jual menu western pada harga rm1.90 kalah harga RAHMAH! Kedai ini raih perhatian

Oleh SHAZLIN AZIZ

Sebagai pelajar dengan bajet rendah pastinya ada masa kita mahukan makanan mewah seperti sajian barat untuk dinikmati taktala penat belajar.

Berkonsepkan restoran Boat Noodle, usahawan muda ini perkenal menu sajian barat hanya pada RM1.90.

Pemilik restoran Warong Western RM 1.90, Mohammad Fitri Yusup, 31 memakluman ramai pelanggan terdiri daripada pelajar.

“Antara juadah yang sering dipesan mereka adalah seperti chicken chop, meatball, wedges, ayam panggang ala Barat dan menu lain pada harga RM1.90.

“Dengan adanya konsep se­perti ini, semua orang mampu memesan dan merasa sendiri makanan yang dijual di sini.

Jual menu western pada harga rm1.90 kalah harga RAHMAH! Kedai ini raih perhatian

“Pelajar suka datang sini kerana dapat menjimatkan duit poket mereka,” katanya seperti dipetik Kosmo.

Menurut Mohammad Fitri, kedai makan miliknya itu baru dua tahun beroperasi dan mampu mencatatkan jualan kira-kira RM3,000 sehari.

Baca juga: Hidup mengalahkan orang kerja kerajaan, setiap hari duit masuk RM200 ini petuanya