Bagai mereka yang suka buat kuih koci atau nak makan nasi ala-ala di kedai beralaskan daun pisang
Mesti tahu betapa sukarnya nak pastikan ia sentiasa segar dan tak layu.
Kalau sudah ambil mestilah dalam kuantiti yang banyak, tapi bila guna hanya sedikit dan rasa sayang nak buang selebihnya.
Kalau salah cara simpanan, dua tiga hari sahaja dah nampak daun pisang tu layu dalam peti ais.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Juliana Ismail menerusi halaman ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.
“Ini cara saya simpan daun pisang agar tahan lebih seminggu, khas untuk pembuat kuih koci macam saya,” ujar Juliana.
Sediakan daun yang dah siap dilayur dan dipotong mengikut saiz yang dikehendaki.
Ambil surat khabar dan bungkus kemas-kemas daun pisang tu.
Ambil beg plastik yang bersih dan bungkus serta ikat dengan kemas.
Simpan dalam chiller (tempat letak sayur bahagian bawah sekali peti ais).
Bole tahan lebih dari seminggu, keluarkan daun masa nak guna je. Boleh jimatkan masa dalam penyediaan kuih.
Pastikan basuh daun pisang bersih-bersih agar tiada kuman yang boleh menyebabkan penyakit buat kita.
Baca juga: Jantung berdebar disangka jatuh cinta, rupanya terlebih kafein!