Realtime website trackingweb stats

Jantung berdebar disangka jatuh cinta, rupanya terlebih kafein!

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Kopi bukanlah penyebab utama penyakit jantung, tetapi ia boleh menjadi bahaya jika diminum secara berlebihan.

Penyelidikan terkini di India oleh Zydus Medical College and Hospital mendapati bahawa kopi boleh memberi kesan buruk

kepada jantung jika diminum lebih daripada empat cawan sehari, yang mengandungi 400mg kafein.

Tubuh manusia mempunyai sistem parasimpatetik yang mengawal keadaan relaksasi dan pemulihan secara semula jadi.

Namun, kajian menunjukkan bahawa kafein dalam kopi yang bersifat perangsang dapat mengganggu sistem ini,

Jantung berdebar disangka jatuh cinta, rupanya terlebih kafein!

meningkatkan kadar denyutan jantung, serta merangsang pengeluaran hormon adrenalin yang meningkatkan kewaspadaan dan tenaga.

Kafein dalam kopi juga boleh meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah, yang kedua-duanya boleh mengakibatkan masalah kardiovaskular dalam jangka masa panjang.

Menurut laman Harvard Health, jantung berdebar boleh berlaku disebabkan oleh kafein dalam kopi yang bertindak sebagai perangsang, meningkatkan risiko aritmia atau gangguan ritma jantung.

Walaupun Pentadbir Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat menyarankan had selamat pengambilan kafein sekitar 400mg atau bersamaan dengan empat cawan kopi, disarankan agar setiap individu menghadkan pengambilan kopi kepada dua hingga tiga cawan sehari sahaja.

Ini kerana anda mungkin juga mengambil sumber lain yang mengandungi kafein seperti teh, minuman berkarbonat, coklat, bijirin, dan gula-gula getah.

Untuk memastikan pengambilan kafein yang selamat, berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan berdasarkan keadaan individu masing-masing.

BACA: Terpaksa tebuk tiga lubang diperut, rupanya Dato Awie menghidap penyakit ini