Apa kata anda cuba cara mujarab ini untuk menghapuskan lipas yang berkampung di dalam kabinet dapur menggunakan bunjut rempah sahaja?
Katanya, memang berkesan dan lipas-lipas pun akan ‘lari’!
Beberapa bulan lalu, kami buat penyisihan di dapur dan buang apa-apa yang tak berkaitan.
Kami ingin berkongsi idea yang mungkin boleh membantu atasi masalah lipas.
Saya dah cuba cara ini selama hampir 3 bulan dan alhamdulillah, dengan izinNya, kini kabinet dapur saya bebas dari lipas.
Mungkin lipas tidak suka bauan tersebut, jadi mereka tidak lagi mendatang.
Selama hampir 3 bulan ini, tiada bayangan lipas atau kesan buangan mereka. Caranya mudah sahaja: gunakan rempah empat sekawan dalam mesh net beg, tapi pastikan letak 3-4 beg dalam kabinet. Tambahkan banyak cengkih dan buah pelaga.
Berikut adalah langkah-langkahnya:
Letak rempah empat sekawan dalam mesh net, lebihkan cengkih dan buah pelaga.
Ikat di tombol pintu kabinet atau letakkan sahaja di dalam kawasan kabinet.
Cubalah, mana tahu ia berkesan untuk anda juga. Berjaya untuk saya tidak semestinya berjaya untuk anda, tapi usaha itu tangga kejayaan.
Sebelum meletakkan rempah-rempah tersebut, pastikan anda membersihkan kabinet terlebih dahulu.
Kosongkan, lap bersih-bersih, dan spray dengan pembersih yang biasa anda guna.
Saya hanya menggunakan citrus cleaner sahaja. Jangan lupa, berbual-bual dengan lipas, minta mereka jangan datang lagi… Jangan marah-marah…
BACa: Baru tahu rupanya babak Shah Rukh Khan peluk Kajol dalam Kuch Kuch Hota Hai ditukar ‘last minute’