Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Wanita yang berjalan berginjat sering dianggap tidak jujur, dengan mulut yang tajam dan mudah menyinggung perasaan orang lain.
Mereka juga terkenal dengan sikap ego yang tinggi. Lebih teruk, wanita seperti ini biasanya cenderung membazirkan wang tanpa berfikir panjang.
Padahal, wang tersebut sebenarnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah.
Namun, jangan berasa kecil hati kerana wanita seperti ini sering menjadi pujaan ramai lelaki.
Jika berjalan, sering menoleh ke kanan dan kiri.
Wanita yang sering menoleh seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun dianggap tidak jujur dan suka menipu teman, ramai lelaki berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya, wanita seperti ini mudah diatur dan diuruskan.
Jika berjalan suka menunduk.
Cara berjalan ini melambangkan wanita yang mempunyai sifat tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya.
Meskipun sikapnya dingin dan kurang peduli dengan cinta, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dia akan sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
Jika berjalan menatap lurus ke depan.
Wanita seperti ini biasanya mempunyai pendirian yang teguh dan sukar digoncangkan. Jangan sekali-kali menentang apa yang dikatakannya jika anda tidak mahu mendengar leteran panjang lebar darinya.
Walaupun pendiriannya kuat, dia sering berselisih pendapat. Jangan terkejut jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
Jika berjalan dengan badan bergerak ke kanan dan kiri.
Wanita yang berjalan dengan gaya ini cenderung tidak mengambil berat tentang masalah yang dihadapinya. Apa sahaja masalah yang timbul dianggap kecil. Padahal, masalah tersebut sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan.
Akibat sikapnya yang suka mengambil mudah, banyak persoalan yang tidak dapat diselesaikan dan akhirnya merugikan dirinya sendiri.
Jika berjalan dengan badan tampak tegak.
Wanita ini tegas dalam menentukan sikapnya dan tidak mahu urusan peribadinya dicampuri oleh orang lain. Gaya bicaranya serius, menunjukkan pendirian teguh.
Yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan dan menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat romantiknya.
Jika berjalan seperti zirafah, iaitu badan kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.
Wanita jenis ini sangat sensitif dan mudah terasa hati. Dia mudah tersinggung dan cepat mengalirkan air mata.
Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini, perlu berhati-hati untuk menjaga perasaannya agar tidak tersinggung.
BACA: Ramai tak tahu lagu jerat percintaan Siti Nurhaliza hampir digantikan dengan penyanyi lain