Lagu Jerat Percintaan telah melonjakkan karier Datuk Seri Siti Nurhaliza sekitar tahun 1996,
Menerusi beberapa pentas nyanyian berprestij tempatan seperti AJL dan Anugerah Industri Muzik.
Pada tahun tersebut, Jerat Percintaan telah meraih anugerah Persembahan Terbaik dan kategori Balada di AJL 1996,
serta dinobatkan sebagai Lagu Terbaik semasa Anugerah Industri Muzik ke-4 pada tahun 1997.
Lagu ini dicipta oleh komposer terkenal Adnan Abu Hasan, dengan lirik yang ditulis oleh Othman Zainuddin dan Hani MJ.
Namun, menurut Datuk Seri Siti Nurhaliza, sebenarnya lagu tersebut hampir dinyanyikan oleh Mazleela di pentas AJL 1996!
“Kak Mazleela memang dijadualkan untuk menyanyi, itu adalah cadangan untuk menggantikan saya kerana pada waktu itu saya sedang menduduki peperiksaan SPM.
“Tetapi akhirnya, keputusan untuk saya tampil adalah hasil perbincangan antara Kak Rozi, ayah saya, dan abang Ayie.
“Kebetulan semasa cuti Deepavali, saya ada masa terluang dan tarikh peperiksaan yang dibenarkan oleh cikgu.
Itulah yang menyebabkan saya membuat keputusan untuk bertanding semula,” kata Siti menerusi siaran langsung di media sosialnya baru-baru ini.
BACA:Â Serabut rumput dan lalang tumbuh melata, boleh cuba tip ini, tak perlu keluar kos tinggi