Realtime website trackingweb stats

PM arah penerbangan khas bawa pulang rakyat Malaysia di Bangladesh

Oleh ABDULLAH HAMID

Penerbangan khas yang diarah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa pulang rakyat Malaysia

Dari Bangladesh berlepas pada pukul 7.30 pagi ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

Penerbangan AirAsia menggunakan pesawat Airbus A330 yang mempunyai kapasiti 350 penumpang dijangka tiba

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka pada pukul 9.20 pagi (waktu tempatan).

Datuk Dr. Shazelina Zainul Abidin, Setiausaha Bahagian Asia Selatan dan Asia Tengah Kementerian Luar, yang mengetuai misi ini,

PM arah penerbangan khas bawa pulang rakyat Malaysia di Bangladesh

berkata lebih 100 rakyat Malaysia termasuk pelajar telah ditempatkan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sejak semalam.

“Misi ini sebenarnya dirancang sejak 12 Julai, dan pelaksanaannya mengambil masa yang sangat singkat, kurang daripada 12 jam.

“Selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada Pesuruhjaya Tinggi kita di Bangladesh, kami berusaha mendapatkan pesawat, tetapi terdapat sedikit kelewatan. Kami tidak dapat memulakan penerbangan semalam kerana perlu menunggu untuk memastikan semua pelajar sampai ke Suruhanjaya Tinggi di Dhaka,” katanya.

Seramai 15 petugas dari Wisma Putra, Jabatan Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara, dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menyertai misi ini.

Wakil Bernama yang mengikuti misi tersebut adalah Penolong Editor (Perkhidmatan Berita Am) Nik Nurfaqih Nik Wil bersama jurufoto Muhammad Izzuddin Abd Radzak.

Semalam, ketika merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2024, Anwar dilaporkan berkata kerajaan memutuskan untuk membawa pulang pelajar Malaysia dari Bangladesh kerana mengutamakan keselamatan mereka berikutan ketegangan yang meningkat di negara itu.

Beliau menyatakan keputusan tersebut susulan pemantauan Kementerian Luar terhadap perkembangan terkini di Bangladesh.

BACA: Penat hidup menyewa, rancang beli rumah? Ini kiraan tentukan kediaman sesuai dengan gaji