Antara jenis durian yang sangat diminati adalah Musang King kerana rasanya yang unik dan harganya yang tergolong dalam kategori premium.
Oleh itu, sebagai pembeli bijak, penting untuk anda mengetahui ciri-ciri utama durian Musang King agar tidak mudah tertipu oleh penjual yang tidak bertanggungjawab.
Pastinya akan rugi jika anda membayar harga durian Musang King (Mao Shan Wang) tetapi sebaliknya menerima durian gred rendah.
Duri berbentuk piramid
Durian Musang King mempunyai duri berbentuk piramid, tajam (angular), rapat serta tepian yang rata.
Rangka berbentuk bujur
Untuk memastikan ketulenan durian, perhatikan bentuk luaran durian Musang King. Ia seharusnya berbentuk bujur seperti bola ragbi atau buah pinggang.
Tapak sulaiman (starfish)
Satu ciri unik durian Musang King adalah tapaknya yang mempunyai lima garisan memanjang dari pangkal buah ke bahagian tepinya, menyerupai tapak sulaiman.
Tidak berduri pada pangkal
Durian Musang King tidak mempunyai duri pada bahagian pangkalnya, khususnya pada garisan yang menyerupai tapak sulaiman.
Warna isi kuning kekuningan
Durian Musang King dinamakan sebagai Raja Kunyit dengan sebab yang jelas. Isinya berwarna kuning kekuningan dan mempunyai aroma manis serta rasa yang kaya dan berlemak.
Biji buah
Biji durian Musang King sangat kecil, pipih, dan mudah dikeluarkan dari daging buahnya.
BACA: Baru tahu rupanya masjid persis taj mahal hasil wakaf jutawan bank