Realtime website trackingweb stats

Ramai yang cemari Aidiladha, terlepas pandang 12 perkara ini ketika beraya

Oleh AHMAD ISMAIL

Ketika umat islam mengalu-alukan hari raya dengan gembira, seringkali kita lalai terhadap adab dan batas-batas yang disyariatkan oleh Islam.

Ini boleh melibatkan tindakan, aktiviti, atau cara berpakaian yang melampaui batas.

Sebagai panduan dan peringatan bersama, berikut adalah beberapa kesilapan adab berhari raya yang bertentangan dengan sunnah

Rasulullah SAW seperti yang dikongsi oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:

1. Tidak menunaikan solat hari raya atau tidak pergi ke masjid, tetapi hanya berada di rumah.

Ramai yang cemari Aidiladha, terlepas pandang 12 perkara ini ketika beraya

2. Meluangkan masa yang berlebihan menonton televisyen tanpa meluangkan masa untuk menziarahi sanak saudara.

3. Tidak menutup aurat atau berpakaian yang mencolok mata tanpa mematuhi syariat Islam.

4. Memainkan lagu-lagu dan nyanyian hari raya yang tidak senonoh atau berlebihan dalam hiburan sempena hari raya. Sebaiknya digantikan dengan zikir, nasyid, dan nyanyian yang lebih sopan dan tidak melampau.

5. Menghabiskan masa yang terlalu lama di rumah-rumah kawan sehingga mengganggu tuan rumah.

6. Mengkritik makanan yang disajikan atau membandingkan kelezatan makanan di rumah orang lain.

7. Meminta duit raya dari sesiapa sahaja.

8. Bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram atau berkumpul secara berlebihan sehingga menimbulkan ketidakselesaan dari segi agama.

9. Mengunjungi rumah-rumah orang sehingga lupa menunaikan solat fardu atau melambatkan solat pada waktunya.

10. Lupa untuk menziarahi fakir miskin dan anak yatim, tetapi lebih tertumpu kepada rumah orang kaya.

11. Berlebihan dalam berpakaian sehingga menampakkan kemewahan yang berlebihan yang boleh menimbulkan perasaan takabbur, riak, dan sombong.

12 Berkumpul secara beramai-ramai tanpa faedah yang jelas dan tidak mengambil kira keadaan orang lain.

Mari kita sambut hari raya Aidilfitri dengan mematuhi adab-adab yang telah ditetapkan oleh Islam. Hindari pembaziran dan hiburan yang berlebihan.

Ibn Rajab al-Hanbali pernah menyebut, “Hari raya bukanlah sekadar memakai pakaian baru, tetapi ia adalah bagi mereka yang meningkatkan ketaatan kepada Allah.”

Hiburan dalam Islam adalah dibenarkan, namun ia harus berada dalam garis panduan yang telah ditetapkan.

BACA: Hati-hati kalau nampak lelaki terbalikkan cincin ketika masuk tandas, ini sebabnya