Ilmu yang dimiliki oleh manusia boleh diibaratkan seperti setitik air di tengah lautan yang luasnya.
Bidang ilmu di dunia ini begitu meluas dan tidak pernah habis untuk dipelajari oleh manusia.
Namun, amatlah sedih apabila ada beberapa individu terpesong dalam menuntut ilmu dengan mempelajari perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Melalui perkongsian di laman X, seorang lelaki mendedahkan ‘petunjuk’ untuk mengenal pasti seseorang yang mengamalkan ilmu hitam.
Beliau menjelaskan bahawa walaupun cincin suasa sering kali dianggap sebagai aksesori hiasan biasa, ada kalanya ia mempunyai hubungan dengan unsur mistik.
“Jika anda melihat seseorang lelaki membalikkan cincin suasa yang dipakainya sebelum masuk tandas, dan kemudian memulangkannya semula ke tempat asal selepas keluar, itu menunjukkan ada sesuatu yang lain dengan dia.
Elakkan berhubung dengannya kerana cincin itu mungkin mempunyai kaitan dengan ilmu yang tersendiri, dan di dalamnya terdapat khadam yang menjaga. Entiti tersebut tidak suka dengan keadaan dalam tandas,” katanya.
Pengalaman dan cerita dari warga maya turut berkongsi mengenai pengalaman mereka melibatkan individu yang memakai cincin suasa. “Saya pernah bertemu dengan seorang lelaki yang memakai cincin suasa. Ketika hendak bersalaman, dia meminta untuk sebentar menanggalkan cincin tersebut. Saya terkejut.
Kemudian, ketika saya keluar untuk merokok, ada seorang lelaki dengan cincin suasa di jari bersebelahan saya. Dia tiba-tiba menegur saya, meminta saya menjauhkan diri sambil merokok kerana ‘kawannya’ tidak suka.
Pada masa itu, hanya kami berdua di situ, jadi siapa ‘kawan’ dia sebenarnya?” ujar seorang daripada mereka.
Seorang lagi warga maya berkongsi pengalaman mengenai cincin suasa warisan arwah ayahnya yang hilang selepas kematian. “Ayah saya banyak kumpul cincin suasa. Saya simpan cincin itu bersama barang kemas lain dalam kotak yang tertutup rapat.
Namun, satu-satunya cincin ayah saya hilang selepas kematiannya. Ke mana ia pergi tetap menjadi misteri yang tidak dapat saya pecahkan,” katanya.
Pandangan yang diberikan oleh pelayar dalam ruangan komen turut mengambil kira kemungkinan cincin suasa mengandungi kalimah suci yang perlu dijaga dengan baik. “Sering kali cincin suasa mengandungi kalimah Allah atau Rasulullah.
Mengikut pendapat Mufti Wilayah Persekutuan, disunatkan untuk tidak membawa cincin seperti ini ke dalam tandas.
Jika tiada tempat untuk meninggalkannya, ada orang yang terbalikkan sahaja cincin itu.
Begitu juga dengan perempuan yang memakai rantai dengan kalimah suci, mereka akan menyembunyikannya dalam baju ketika pergi ke tandas,” jelas salah seorang pelayar.
BACA:Â Dah tak perlu tunggu waktu promosi, ini cara beli tiket flight murah ramai tak tahu