Realtime website trackingweb stats

Pokok kelapa pandan jadi malas nak berbuah, ikut teknik ini pasti lebat berbuah

Oleh FATIN AQILAH

Ramai orang anggap pokok kelapa mudah untuk ditanam dan akan berbuah apabila mencapai matang.

Namun, sebenarnya, ia memerlukan perhatian dan penjagaan yang teliti supaya dapat menghasilkan buah yang lebat dan berkualiti.

Melalui hantaran yang viral di TikTok, pengguna @greennoy1 berkongsi kaedah untuk merangsang pokok kelapa pandan agar berbuah dengan baik.

Isi kelapa bukan sahaja boleh diminum airnya, tetapi juga lazat dimakan mentah atau digunakan sebagai bahan dalam pelbagai masakan.

Berikut beberapa langkah yang boleh dilakukan:

Pokok kelapa pandan jadi malas nak berbuah, ikut teknik ini pasti lebat berbuah

1. Jika pokok kelapa sudah berusia lebih dua tahun tetapi tidak berbuah, mayang kering pada pokok tersebut perlu dibakar.

2. Rapikan bahagian mayang kering tersebut.

3. Selepas dua atau tiga minggu, mayang dengan seludang bunga akan kelihatan keluar di celahan pokok.

BACA: Nampak ‘pro’ macam peniaga di pasar! Ini cara mudah potong ayam