Dalam satu teguran yang dilakukan secara terbuka, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah menitipkan kritikan terhadap satu fenomena yang dapat dilihat di negeri Perlis.
Sekitar bulan Mei tahun 2020, kumpulan rombongan yang disertai beliau diketuai oleh DYTM Raja Muda Perlis telah mengadakan kayuhan amal
Hasil usaha Majlis Agama Islam Perlis, bagi menjalankan program-program kemasyarakatan di sekitar negeri tersebut.
Malangnya usaha untuk mencari asnaf yang memerlukan bantuan membuka mata pihak terlibat, berkenaan tabiat mengambil mudah
kebersihan diri dan kediaman sebahagian keluarga asnaf.
Rumah-rumah yang mereka kunjungi nyata berada dalam keadaan daif atau serba kekurangan.
Daif tidak apalah. Apa yang mengecewakan mereka khasnya Mufti Perlis adalah kotornya kediaman asnaf, mencerminkan sifat malas mereka. Benarkah ada hubungan antara kebersihan seseorang dengan tahap kemiskinan atau kekayaan mereka?
Orang susah = Pengotor?
Satu persepsi yang sangat sukar untuk diubah, adalah bagaimana wujudnya hubung kait tidak rasmi yang mengaitkan antara faktor kemiskinan dengan faktor kebersihan seseorang.
Apa yang membuatkan perkara tersebut sukar diubah – adalah kerana wujud kebenaran di sebalik persepsi tersebut.
Bagi negara-negara miskin di Afrika seperti komuniti susah di Rwanda, kerajaan mereka berhadapan kesukaran dalam membendung persepsi ini sehinggakan Menteri Kesihatan mereka perlu mengingatkan rakyat Rwanda yang hidup dalam kemiskinan;
“You can be extremely poor but extremely clean!”
rumah orang miskin england yg kotor
Anda boleh miskin tegar tetapi anda juga boleh hidup dalam keadaan bersih! Bunyinya kedengaran logik bagi mereka yang memandang dari luaran, namun realitinya agak berbeza bagi mereka yang melaluinya.
Bagi komuniti yang hidup dalam suasana miskin tegar, mereka tidak mempunyai akses kepada beberapa perkara asas yang seringkali kita pandang ringan – bekalan air bersih. Tandas yang sempurna. Kediaman yang melindungi privasi.
Itu adalah perkara yang pada kita tampak mudah, namun mungkin menjadi halangan kepada sesetengah kelompok.
Jika begitu kesnya, mudah untuk kita membuat kesimpulan bahawa kalangan kelompok miskin tegar terpaksa membiarkan keadaan diri mereka kotor, disebabkan ketiadaan fasiliti yang sesuai untuk mereka.
Namun kajian yang dijalankan di beberapa negara Eropah turut menampakkan fenomena sama – wujud hubungan jelas antara kemiskinan dan tahap kebersihan.
Fenomena serupa berlaku di Eropah
rumah kotor orang miskin
Sebuah pekan kecil bernama Jaywick Sands diisytiharkan di England, sebagai kawasan paling teruk dilanda kemiskinan.
Terletak di Essex, pekan tersebut yang dahulunya terkenal sebagai sebuah pusat pelancongan pada era 1930-an kini lebih terkenal sebagai pusat aktiviti samseng, kawasan penagihan dadah dan menjadi lokasi pembuangan sampah secara terbuka.
Sampah berada di mana-mana sahaja. Rumah dan kediaman dibiarkan begitu saja. Keadaan jalan rayanya juga menyedihkan. Pusat komersial yang sepatutnya menempatkan pejabat dan kedai terbiar kosong.
Apa yang menjadi masalah, komuniti di situ juga mengamalkan mentaliti endah tak endah enggan menyokong usaha menambahbaik kualiti hidup mereka; sebaliknya lebih gemar melepaskan tanggungjawab kepada pihak lain….yang tidak wujud.
Kajian yang dijalankan kerajaan tempatan mendapati sesuatu yang sangat membimbangkan berlaku di kalangan penduduk Jaywick Sands; 57% daripada penduduk di sana hidup bukan sekadar di bawah paras kemiskinan, malahan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan bulanan yang diberikan kerajaan.
kawasan miskim mat saleh
Anak muda di kawasan tersebut merupakan penerima bantuan kerajaan bagi belia menganggur tertinggi di England, meletakkan anak muda Jaywick Sands sebagai komuniti anak muda tidak bekerja teramai di sana.
Kajian lebih awal menunjukkan 32% daripada penduduk Jaywick Sands memohon bantuan perumahan kerajaan, 40% mengalami masalah penyakit jangka panjang dan purata pendapatan mingguan mereka hanyalah £360; berbanding £650 di seluruh negara.
Agak jelas bagaimana hubungan masalah kemiskinan di kawasan tersebut, membawa kepada 1001 masalah lain kepada penduduk di sana termasuklah ketiadaan kesungguhan dalam menjaga kebersihan.
Jika Jaywick Sands dijadikan contoh, bolehlah kita simpulkan bahawa andaian Mufti Perlis yang kami ceritakan sejak awal lagi – ada kebenarannya.
Kemiskinan mendorong kepada malas. Malas membawa kepada kurangnya kepentingan menjaga kebersihan dan hilangnya semangat untuk memperbaiki diri.
Kenapa komuniti miskin kekal miskin dan terperangkap?miskin dan sampah sarap
Hasil kajian yang dijalankan banyak pihak memang secara jelas merumuskan bahawa satu-satunya kaedah yang dapat mengeluarkan kumpulan miskin ini dari terus terperangkap dalam kitaran sama; adalah dengan memperbaiki tahap pendidikan mereka.
Bagaimanapun penghalang utama bagi membolehkan masalah ini diperbaiki, adalah kemampuan kewangan mereka sendiri. Oleh yang demikian, banyak keluarga miskin enggan menggadaikan apa yang mereka ada sebaliknya memilih ‘jalan mudah’ bagi mereka.
Sedangkan faktanya cukup terang kemiskinan sangat berkait dengan tahap pendidikan.
Kajian yang dijalankan membuktikan bagaimana status kemiskinan akan diwarisi oleh anak-anak, daripada ibu bapa yang tidak mahu meletakkan kepentingan pendidikan sebagai jalan keluar utama untuk mereka.
Ibu bapa dari keluarga yang berstatus miskin juga cenderung untuk mengabaikan tanggungjawab mereka dalam memastikan pendidikan anak-anak mereka terjaga.
Ini akan mengakibatkan kanak-kanak dan remaja ini terkeluar atau tercicir daripada sistem yang mengawal selia pendidikan, kesihatan mereka dan seterusnya sanitasi atau tahap kebersihan diri mereka.
rumah kotor orang miskin
Apabila ibu bapa sendiri sudah membiasakan anak bergelumang dengan kotor serta kawasan tidak terurus, sukar untuk si anak berubah untuk menjadi seseorang yang mementingkan sanitasi diri.
Ini kerana bagi mereka, itulah cara mereka dibesarkan yang sudah menjadi satu kebiasaan.
Mungkin ada di kalangan mereka yang akan mempunyai kesedaran berkenaan pentingnya kebersihan, namun untuk memacu perubahan dalam komuniti yang sudah selesa dengan persekitaran sedia ada cukup mencabar.
Ada kalanya manusia cukup takut untuk melakukan perubahan, sehinggakan ada yang selesa hidup dalam kemiskinan…dan persekitaran yang kurang bersih.
BACA: Tak perlu berhutang nak kahwin, ini 3 cara ‘mustajab’ menabung buat bank pening