Realtime website trackingweb stats

Ini 9 tips kalau nak beli kereta terpakai

Oleh ARIF ABDULLAH

Pembelian kereta terpakai merupakan salah satu langkah yang sering dicadangkan oleh penasihat kewangan bagi menjimatkan perbelanjaan.

Walau bagaimanapun, amalan ini boleh menyebabkan kerugian besar untuk mereka yang tidak mempunyai pengalaman ataupun pengetahuan mengenai kereta terpakai.

Kereta ditenggelami banjir merupakan antara jenis kenderaan yang mendatangkan risiko tinggi kepada pemilik kerana tanda-tandanya sukar dilihat dengan mata kasar.

Sentiasa berwaspada dengan tawaran tidak masuk akal, berikut adalah perkongsian dari @iffatsalleh mengenai keadah pasti kenderaan ‘bermasalah’ di kedai terpakai.

“Aku sudah pakai enam biji kereta terpakao. Ada yang bagus, ada yang teruk.

Ini 9 tips kalau nak beli kereta terpakai

Ada yang beli terus dari pemilik, ada beli dekat kedai. Jadi, inilah tips untuk kamu semua,” katanya.

1. Jangan percaya cakap pemilik kereta atau jurujual 100 peratus

Pemilik atau jurujual biasanya akan menggunakan ayat, ‘tak pernah kemalangan’, ‘bukan kereta banjir’ mahupun ‘keadaan kereta terbaik’ untuk memancing pembeli.

Jangan terus percaya kerana ungkapan seperti ini adalah paling bahaya!

2. Periksa pintu, bonet dan minyak

Perkara pertama yang wajib dilakukan oleh pembeli adalah melakukan pemeriksaan menyeluruh pada setiap pintu kenderaan terpakai termasuklah bonet belakang.

Pemeriksaan ini bukanlah bererti anda perlu membelek pintu-pintu itu tetapi sekadar buka dan tutup lalu ulang beberapa kali supaya dapat mengesan bunyi yang pelik.

Sekiranya anda mendengar bunyi pelik atau mengalami kesukaran ketika membuka dan menutupnya, sila tinggalkan kereta itu dengan segera kerana pasti perlu dibaiki.

3. Pegang stereng

Jangan lepaskan peluang anda untuk masuk ke dalam kenderaan dan memegang stereng lalu memusingkannya ke arah kiri lalu ke kanan sehingga habis pusingan.

Jika anda dapat mendengar bunyi ‘kluk kluk’ atau ‘klak klak’, maka ia bermaksud bahagian rak stereng atau komponen yang berkaitan telah rosak, makan modal!.

4. Hidupkan enjin kereta

Ketika berkunjung ke kedai kereta terpakai, jangan lupa membawa air botol bersama supaya boleh ia dijadikan bahan dalam ujikaji ketika menghidupkan enjin kenderaan.

Difahamkan, sekiranya air di dalam botol tersebut bergoncang, kenderaan tersebut mempunyai kemungkinan besar untuk mengalami kerosakan pada bahagian enjin.

Bagi yang mahir, mungkin anda dapat melihat gegaran pada dashboard meter yang memberi isyarat mounting enjin perlu ditukar dan semestinya melibatkan kos tinggi.

5. Tekan brek dan masuk gear D

Gegaran kadangkala tidak terasa semasa enjin kereta dihidupkan, jadi anda boleh menekan brek dan masukkan gear D untuk melihat gegaran pada dashboard meter.

6. Cari garisan zibra

Pandu uji kereta yang ingin dibeli dan carilah laluan yang mempunyai garisan zibra atau garisan melintas lalu lakukan dua cara ini semasa melalui garisan tersebut.

Cara 1: Bawa perlahan di bawah kadar 50 kilometer per jam (km/h).

Cara 2: Bawa laju sedikit sekitar 50 hingga 90 km/h.

Jika terdengar bunyi pelik, mungkin terdapat masalah pada bahagian bawah kereta (undercarriage problem) seperti lower arm, drive shaft dan absorber yang perlu ditukar.

7. Uji kelajuan melebihi 80 km/h

Jika kereta mula mengalami gegaran pada stereng semasa kelajuan dipertingkatkan, maka kerosakan mungkin akan berlaku pada bahagian absorber, shaft atau rim.

Gegaran akan berlaku pada kelajuan 80 hingga 90km/h dan hilang selepas melebihi 100km/h. Perkara ini pun perlu dititikberatkan kerana ‘makan modal’ untuk dibaiki.

8. Periksa kebocoran

Proses ini mungkin sedikit ‘leceh’ kerana pembeli kenderaan terpakai perlu menunduk ke bawah kereta untuk memeriksa sekiranya ada sebarang kebocoran pada enjin.

9. Periksa penghawa dingin

Langkah terakhir sebelum membeli kereta adalah membuka penghawa dingin pada kadar minimum dan tunggu selama lima minit bagi memastikan tahap kesejukannya.

Ulang sampai tahap kesejukan tertinggi pada penghawa dingin tersebut. Sekiranya semua tahap didapati sejuk, maka keadaannya adalah baik

BACA: Hisyam Hamid dan setahun bercerai, akhirnya tuan badan beri respon punca penceraian