Pelakon asal Singapura, Hisyam Hamid, mengakui bahawa beliau masih belum bersedia untuk memberikan komen mengenai dakwaan bahawa dia dan isterinya, Rosmawati Hanafi atau Mel, telah bercerai.
Dalam satu temu bual, aktor berusia 38 tahun itu menyatakan bahawa dia perlu mempertimbangkan banyak faktor penting sebelum memberikan komen lanjut mengenai isu ini.
“Saya perlu mengambil kira banyak faktor penting sebelum mengulas lanjut tentang isu ini.
Yang paling penting, saya perlu menjaga hati dan perasaan dua anak kami,” kata Hisyam.
Bagaimanapun, Hisyam berkata bahawa dia akan mengeluarkan kenyataan berkenaan dakwaan tersebut pada masa yang sesuai
Dia ingin memastikan bahawa keadaan anak-anak mereka diutamakan dalam segala perkara.
“Setiap rumah tangga pasti mengalami cabaran dan pasang surut. Saya akan memberikan kenyataan apabila tiba masanya,” tambahnya.
Hisyam juga menegaskan bahawa hubungannya dengan Mel masih baik dan wanita itu masih menjadi pengurusnya, mengatur kerjaya seninya seperti biasa.
“Kami masih berhubung baik dan Mel masih menjadi pengurus saya. Kami juga keluar bersama dengan anak-anak sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Cuma ada perkara peribadi yang saya belum mampu untuk memberikan komen,” jelas Hisyam.
Pelakon itu turut mengakui bahawa dia tidak terkejut dengan spekulasi mengenai rumah tangganya dan menyedari bahawa isu ini sudah berlegar sejak setahun yang lalu.
“Saya faham sebagai figura awam, semua orang ingin tahu mengenai perkara itu. Saya tak terkejut sebab isu ini sudah lama diperkatakan. Saya faham ramai peminat yang sering bertanya mengenai perkara itu dan yang mendoakan kami,” katanya.
Hisyam juga mengucapkan terima kasih kepada rakan wartawan dan semua pihak yang menghormati dan memahaminya dalam situasi ini.
Sebagai rekod, Hisyam dan Rosmawati berkahwin pada tahun 2006 dan dikurniakan dua orang anak, Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.
BACA:Â Gaji RM4500 tolak komitmen RM700 masih nak tambah hutang, netizen terkejut dengan penjawat awam