Ramai yang menggemari telur separuh masak sebagai hidangan sarapan.
Perhatikan bahawa apabila kita membelinya dari kedai, teksturnya sentiasa begitu lembut dan sedap.
Ia gebu, tidak terlalu cair, dan tidak terlalu keras seperti telur rebus.
Walau bagaimanapun, apabila kita mencuba untuk membuatnya sendiri di rumah, agak sukar untuk mencapai hasil yang sama.
Terdapat pelbagai masalah yang timbul seperti ada yang terlalu cair sehingga masih berasa mentah, ada yang terlalu masak sehingga sukar untuk dicicah dengan roti bakar.
Walaupun kelihatan mudah, membuat telur separuh masak memerlukan teknik tertentu.
Di sini kami ingin berkongsi cara yang paling mudah dan dijamin akan memuaskan anda.
Ramai yang telah mencubanya dan hasilnya memang memuaskan.
Jom kita tengok cara buat telur separuh masak yang sama macam dekat kopitiam di bawah.
1. Didihkan air
Panaskan air di dalam cerek.
Pastikan jumlah air mencukupi untuk menyelaputi keseluruhan telur yang akan dimasukkan nanti.
Jika tidak ada periuk dan dapur, anda boleh juga memasak air menggunakan cerek air sehingga mendidih.
2. Tutup api dan masukkan telur
Setelah air dalam periuk mula mendidih dengan kuat, matikan api gas dengan lembut.
Kemudian, barulah masukkan telur yang telah dicuci bersih.
3. Set timer 7 minit
Bahagian ini sangat kritikal kerana ramai yang terlupa apabila memasak telur separuh masak.
Apabila kita hanya mengira masa secara kasar, risiko untuk terlupa adalah tinggi.
Oleh itu, untuk memastikan keselamatan, tetapkan masa menggunakan telefon pintar selama 7 minit.
Sambil itu, anda juga boleh membuat kopi, membakar roti, atau bersiap dengan memakai tudung untuk pergi ke pejabat.
4. Sedia untuk dihidang
Apabila timer berbunyi, anda boleh mengeluarkan telur dari periuk.
Bilas dengan air paip untuk mengelakkan daripada terlalu panas ketika memecahkan telur tersebut.
Selepas itu, pecahkan dan nikmatilah!
Andainya dilakukan dengan betul, hasilnya akan menjadi seperti telur rebus yang dihidangkan di kedai-kedai kopi.
Rasanya sungguh sedap apabila dicelup dengan roti bakar.
Untuk kesan yang lebih hebat, tambahkan sedikit kicap dan serbuk lada hitam.
Mudah bukan?
Anda boleh menyediakan telur separuh masak sendiri tanpa perlu membelinya di kedai.
Ini bukan sahaja menjimatkan, malah lebih menyenangkan makan di rumah.
Selamat mencuba!
Baca:
Untung cikgu dia! Murid bagi jambangan ulam-ulaman raih perhatian warga maya
Datin Alyah tarik diri dari THSS, rupanya ada berita gembira menanti
Helikopter bawa presiden Iran & pegawai kanan terhempas, belum ada khabar berita