Realtime website trackingweb stats

Teknik masak ikan keli goreng ‘confirm’ tak meletup, letak satu bahan ini

Oleh NUR KASIH

Setiap kali memasak ikan keli, seringkali kita menghadapi masalah letupan minyak di dapur.

Untuk mengatasi masalah ini, seringkali kita terpaksa mencari teknik baru agar proses memasak lebih selamat.

Namun, terdapat satu petua mudah yang dikongsi oleh Puan Zur Ain Salim melalui laman Facebooknya yang dapat mengatasi masalah ini.

Dengan menggunakan bahan ini semasa menggoreng ikan keli, dapat mengelakkan letupan minyak yang tidak diingini.

Bahan-bahan goreng ikan keli:

Teknik masak ikan keli goreng 'confirm' tak meletup, letak satu bahan ini

  • Ikan keli
  • Tepung gandum
  • Garam, kunyit dan tepung jagung
  • Halia

Cara-caranya:

Bersihkan ikan dan merendamnya dengan tepung gandum.

Cuci dan menggosok hingga lendir pada ikan hilang, pastikan ikan tidak hancur.

Setelah selesai membersihkan ikan, campurkan ikan keli dengan garam, kunyit, dan tepung jagung.

Jumlah bahan yang digunakan disesuaikan dengan jumlah ikan yang diproses, kemudian gaul hingga merata.

Gaul ikan tersebut, panaskan minyak terlebih dahulu.

Setelah minyak panas, tambahkan 2/3 potong halia tanpa mengupas kulitnya.

Ikan sudah siap digoreng, cantik bukan?

Tidak hancur sama sekali!

Buat peminat ikan keli, anda dah tidak perlu risau kalau setiap kali nak menggoreng ikan ini.

Tak payah berdiri sambil pakai helmet dah!

Kredit: Zur Ain Salim

Baca:

Untung cikgu dia! Murid bagi jambangan ulam-ulaman raih perhatian warga maya

Datin Alyah tarik diri dari THSS, rupanya ada berita gembira menanti

Helikopter bawa presiden Iran & pegawai kanan terhempas, belum ada khabar berita