Realtime website trackingweb stats

Kuah ‘kaw’ & senang sedut! Individu kongsi petua potong ‘ekor’ siput elak berlendir

Oleh ADINDA

Hidangan siput sedut masak lemak cili api ini memiliki daya tarikan tersendiri dengan warna kuning yang cantik serta rasa yang menyelerakan selera makan.

Hidangan tradisional ini digemari ramai dengan rasanya yang istimewa dan boleh dinikmati pada bila-bila masa sahaja.

Setiap sedutan siput ini memberikan kepuasan tersendiri kepada penikmatnya. Ia bukan sahaja mengenyangkan perut, malah turut memberi ketenangan hati.

Bahan-bahan:

– Siput Sedut (1 kg)
– Santan (250g)
– Bawang Merah (3 ulas)
– Putih (2 ulas)
– Kunyit Hidup (2 inci)
– Cili Padi (15 biji)
– Daun Kunyit (2 Helai)
– Serai (2 Batang)

Kuah kaw senang sedut Individu kongsi petua potong ekor siput elak berlendir

Cara potong siput sedut:

1. Pastikan siput dibasuh bersih.
2. Potong dari belakang (siput tidak terlalu panjang atau pendek)

Cara memasak siput sedut masak lemak cili api:

1. Kisarkan semua bahan-bahan bersama air.
2. Tuangkan santan dan masukkan bahan yang telah dikisar
3. Masukkan serai
4. Masukkan asam keping
5. Masukkan gula dan juga garam
6. Kacau sehingga mendidih
7. Masukkan daun kunyit
8. Bila santan telah mendidih, baru masukkan siput
9. Tips siput tidak berlendir, jangan masak terlalu lama.
10. Bila dah mendidih terus tutupkan api. Dah siap!

Selamat mencuba!

Kredit: Masak With Passion

Baca:

Awas! Elak kongsi ‘screenshot’ akaun KWSP jika tidak mahu terdedah dengan ancaman ini

Dah berzaman sambut hari ibu, ada yang dakwa bercanggah syarak? Ini penjelasan dan nasihat mufti

Mak-mak boleh cuba resipi ikan siakap buttermilk bakar untuk hidangan keluarga, sedap & lemak berkrim!