Realtime website trackingweb stats

‘Sudah tahap reda, tak nak serabut otak fikirkan kepulangan dia’ – Yusof Haslam

Oleh FATIN AQILAH

Sekian lama menantikan kepulangan anak, penerbit Datuk Yusof Haslam reda jika Syamsul Yusof masih enggan pulang bertemu keluarga.

Yusof, 70, berkata, dia dan isterinya, Datin Patimah Ismail hanya mampu berdoa untuk kebahagiaan anak mereka walaupun sudah tidak lagi bertemu muka.

“Kami kini sudah menerima keadaan. Kami tidak pernah menolaknya dan sentiasa merindukannya serta menyayanginya.

“Jika dia berhasrat untuk pulang, Alhamdulillah. Keputusan untuk pulang atau tidak, terserah kepadanya,” katanya kepada pihak media.

Yusof berkongsi perkara ini semasa ditemui pada majlis rumah terbukanya yang berlangsung di kediamannya pada malam Ahad.

'Sudah tahap reda, tak nak serabut otak fikirkan kepulangan dia' - Yusof Haslam

Dalam pada itu, Yusof memberitahu bahawa mereka tidak berjumpa Syamsul sejak dia berkahwin dengan Ira Kazar pada Januari 2023.

Katanya, mereka tidak pernah menaruh perasaan benci terhadap Syamsul walaupun sukar menerima keputusan yang dibuat.

“Apabila pada mulanya dia tidak pulang ke rumah, saya juga merasa terluka. Sekarang, masa telah berlalu, saya lebih fokus untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menikmati hari-hari bersama keluarga.

“Kami juga mempunyai anak-anak dan cucu-cucu yang lain.

“Kenapa perlu menyusahkan fikiran dengan perkara ini? Walaupun apa yang berlaku, saya tidak pernah berasa benci,” katanya.

Sebagai bapa dan penerbit filem, Yusof juga akan sentiasa menyokong hasil kerja Syamsul walaupun bukan diterbitkan di bawah syarikat milik keluarga itu, Skop Productions.

“Apabila Syamsul membuat filem sebelum ini, ada yang memberitahu dan meminta saya menyokong karyanya. Saya pasti akan menyokong. Saya juga ingin melihat Syamsul berjaya walaupun tidak bekerja dengan saya.

“Biarlah nanti orang berkata yang berjaya itu adalah anak Yusof Haslam,” katanya.

Baca:

Negara kalau dah kaya, Rolls-Royce harga RM1.2 juta pun buat jadi kereta polis je, memang rare!

Menantu Abby nak dapat baby? Perbualan whatsapp pecah rahsia sedang hamil

Waze punya pasal, lelaki sesat 6 jam dalam felda di Kedah, menangis kebingungan