Realtime website trackingweb stats

Betul ke solat jenazah kena bayar? Masjid ini trending sebab cas solat jenazah RM1,000

Oleh NUR KASIH

Sebuah keluarga mendakwa pihak masjid di Pendang, Alor Setar mengenakan bayaran sehingga RM1,000 untuk melakukan solat jenazah.

Menerusi sehelai kertas yang viral di media sosial, ia menyenaraikan jumlah bayaran untuk pengebumian jenazah.

Ia menyatakan jumlah keseluruhan kos pengebumian adalah sekitar RM1,940 termasuk kos keranda RM300, solat hadiah RM120, van jenazah, takfir dan sembahyang jenazah yang dikenakan bayaran RM1,000.

Berikutan penyebaran kertas tersebut, ia menarik perhatian Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) yang akhirnya meminta keluarga tersebut untuk datang bagi menyelesaikan perkara itu.

Menurut Pengarahnya, Datuk Dr. Abd. Ghani@Zulkilfi Zainuddin, setakat ini pejabat agama daerah telah menerima aduan tersebut dan sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk bertemu dengan pihak masjid yang bersangkutan.

Betul ke solat jenazah kena bayar? Masjid ini trending sebab cas solat jenazah RM1,000

“Pejabat agama telah memanggil pihak waris tersebut dan mereka telah memaklumkan, Insya-Allah. Saya berharap kedua-dua pihak, masjid dan waris, dapat menyelesaikan isu ini dengan baik. Mungkin ada kekeliruan dalam perkara ini.

“Selepas perkara ini tersebar pada Selasa lepas, pejabat agama daerah menerima aduan dan memulakan siasatan awal dengan memanggil imam masjid tersebut. Hasil siasatan awal mendapati jumlah sebenar adalah RM1,900 bukan RM3,000 yang tersebar.”

“Pejabat agama juga menasihatkan pihak masjid memanggil semula keluarga berkenaan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanyamenurut laporan Kosmo Semalam.

Baca:

Negara kalau dah kaya, Rolls-Royce harga RM1.2 juta pun buat jadi kereta polis je, memang rare!

Menantu Abby nak dapat baby? Perbualan whatsapp pecah rahsia sedang hamil

Waze punya pasal, lelaki sesat 6 jam dalam felda di Kedah, menangis kebingungan