Realtime website trackingweb stats

Lagi kes babitkan pemain bola, Faisal Halim disimbah asid ketika main ‘go cart’

Oleh ADINDA

Selepas insiden samun yang berlaku terhadap Akhyar Rashid, penyerang Selangor FC, sekarang Faisal Halim pula dilaporkan disimbah dengan asid.

Insiden itu dipercayai berlaku di sebuah pusat membeli-belah popular di Malaysia pada hari Ahad.

Dikatakan, tonggak skuad kebangsaan itu disimbah asid selepas beliau bermain di litar go kart di kawasan beli belah tersebut.

Insiden tersebut dikongsikan oleh wartawan tanah air yanh bernama Fina Nasrom di laman X.

“Baru dapat perkhabaran Faisal Halim kena simbah asid di sebuah mall terkemuka tanah air,” tulisnya.

Lagi kes babitkan pemain bola, Faisal Halim disimbah asid ketika main ‘go cart’

Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey itu melaporkan beliau mengalami kecederaan di bahagian badan, tangan dan muka akibat daripada simbahan itu dan baju yang dipakainya juga turut kelihatan cair.

Wartawan sukan, T.Avineshwaran mendedahkan bahawa presiden daripada Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) iaitu Safee Sali turut memandang serius mengenai kejadian tersebut.

“PFAM akan mengambil langkah awal untuk membantu Faisal Halim dan mereka mengambil hal ini dengan serius.”

“Pihak mereka akan mencari cara untuk membantu Faisal menempuhi trauma itu,” tulisnya di X.

Sebelum ini, Akhyar Rashid, pemain sayap Terengganu FC dilaporkan mengalami kecederaan di kepala gara-gara menjadi mangsa samun.

Baca:

Peminat risau tengok keadaan terkini Justin Bieber, tapi lain pula kata isteri

Netizen terhibur tengok ‘casing’ telefon pelakon ini, siap ada yang cop tak padan dengan watak ‘brutal’

“Hanya Allah je tahu” – Ingatkan ‘scammer’, Wan Maimunah syukur doa tunai haji dimakbulkan