Netizen terhibur tengok ‘casing’ telefon pelakon ini, siap ada yang cop tak padan dengan watak ‘brutal’

Oleh HADI KAMARUDIN

Dengan raut wajah yang seram dan tubuh badan yang sasa, populariti Ma Dong-seok yang juga dikenali sebagai Don Lee dalam dunia filem Korea memang tiada tandingannya.

Peminat-peminat hiburan Korea pasti sudah sangat sinonim dengan pelbagai filem seram yang dibintangi oleh pelakon yang berusia 53 tahun itu.

Filem-filem popular seperti Train To Busan, The Gangster The Cop The Police, The Roundoup, The Bad Guys: Reign Of Chaous, Nameless Gangster: Rules Of The Time, dan banyak lagi telah mendapat perhatian ramai.

Dalam peranannya, Ma Dong-seok sering kali menampilkan aksi kekerasan terutamanya dalam filem-filem yang bertemakan dengan jenayah atau gangsterism.

Tetapi, siapa sangka aktor yang tingginya 178cm ini mempunyai sisi lain yang mungkin belum diketahui oleh ramai peminatnya.

Netizen terhibur tengok 'casing' telefon pelakon ini, siap ada yang cop tak padan dengan watak 'brutal'

Hadir ke sebuah acara promosi filem terbaru, kehadiran Ma Dong-seok baru-baru ini sangat disambut gembira oleh peminat-peminat di sana.

Yang menariknya, aktor berbadan tegap ini kelihatan santai menggunakan casing telefon bertemakan kartun Hello Kitty.

Tanpa mengambil kira pandangan orang ramai, dia dengan selamba mengangkat telefonnya untuk merakam keadaan sekeliling.

Rupanya, personaliti luaran Ma Dong-seok sangat berbeza jauh dengan watak yang dia mainkan dalam kebanyakan filem.

Malah, apabila kita tengok akaun media sosialnya, kita akan dapati dia suka berkongsi gambar-gambar yang comel sangat.

Melihat diruangan komen, ramai pengguna media sosial terhibur dengan perangai unik Ma Dong-seok.

Sejak dimuat naik ke Instagram, video tersebut telah meraih jumlah tontonan sebanyak lebih daripada 13 juta kali.

Baca:

Caprice nak jumpa depan-depan lelaki ini, apa kes tu?

Alif Aziz menangis, dedah punca sebenar gaduh dengan Bella, sedia lepaskan

Siap bangkit masa kerja separuh hari, ada yang iri hati dengan kenaikan gaji penjawat awam