Pelakon, Ruhainies, sekali lagi menarik perhatian ramai netizen dengan kisah yang dikongsi dalam Instagram Story (IG Story) mengenai takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan dalam kehidupan setiap orang.
Ruhainies, atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, berkongsi kata-kata hikmah yang mengatakan bahawa setiap peristiwa dalam kehidupan kita pasti ada alasan.
Alasan itu boleh termasuk perkara sedih, gembira, kejayaan, kegagalan, atau apa sahaja yang berlaku.
“Manusia tidak akan datang dan pergi dalam hidup seseorang tanpa sebab. Pengajaran yang kita belajar dan rasai sama sekali tidak berlaku secara spontan sebaliknya itu semua sudah tertulis.”
“Sentiasa akan ada satu impian, destinasi akhir yang kita sendiri tidak akan tahu selagi kita belum mencapainya. Untuk itu, kita perlu mendaki gunung untuk mencari makna disebaliknya. Kita perlu memberi perhatian kepada persekitaran dan semua orang di sekeliling kita terutamanya mereka yang sayang dan tinggalkan kita.”
Dalam ayat itu, juga dijelaskan mengenai apa yang kita boleh belajar dari kehadiran orang lain dalam hidup kita.
Oleh itu, semua orang perlu menghargai pengalaman yang telah ditetapkan untuk kita dalam kehidupan ini.
Dulu, seorang perempuan yang mengatakan dia adalah kekasih kepada pelakon popular, Aliff Aziz, menuduh aktres Ruhainies telah menghasut aktor itu untuk merosakkan nama Bella Astillah.
Wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine juga mengatakan bahawa dia ada bukti perbualan terhadap perancangan yang dilakukan oleh Aliff dan Ruhainies.
Baca:
Kenapa tak ‘jump’ ketika helikopter TLDM berlanggar, ini penjelasan pakar
Bapa tergamak buat benda terkutuk di saat anak sulung baru melihat dunia