Realtime website trackingweb stats

‘Trend’ boleh maut, tapi lain pula kata individu ini setelah untung berlipat ganda

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Seorang pemilik kafe di Kemaman, Terengganu, telah melakukan sesuatu yang sangat berani untuk mempromosikan kedai mereka, dan hasilnya sangat memuaskan.

Haris Danish, yang berusia 25 tahun, melakukan aksi lasak dan berani, dan hasilnya, video aksinya telah ditonton oleh lebih daripada 7.8 juta orang di TikTok!

Bukan itu sahaja, ramai juga yang mula mengenali kafennya yang dikenali sebagai Sini Roadside.

Danish memberitahu ramai yang mengutarakan kebimbangan mereka mengenai tindakan berbahaya yang dilakukan, dan ada yang meminta dia untuk menukar teknik pemasarannya kerana ia tidak berbaloi.

Walaupun begitu, dengan tenang dan sikap positif, Danish menjelaskan bahawa ini adalah sebahagian daripada pengorbanan yang perlu dilakukan demi kejayaan perniagaannya yang kecil.

'Trend' boleh maut, tapi lain pula kata individu ini setelah untung berlipat ganda

“Bagi saya itu adalah satu pengorbanan, walaupun sakit tapi saya masih lagi boleh tahan tetapi sekiranya melampau saya akan terus hentikan.

“Hanya 20 peratus sahaja yang memberikan komen-komen negatif namun selebihnya terhibur malah ada minta untuk saya buat lagi.

“Cara ini sebenarnya mendatangkan keuntungan, kalau ikutkan kami dapat meraih dua kali ganda keuntungan daripada raya sebelum ni, jadi saya rasa sangat bersyukur,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan yang lain, Danish bersyukur dengan segala yang telah diberikan kepadanya.

Tetapi, jika diberikan peluang, dia berhasrat untuk membuka cawangan pada masa yang akan datang.

@sini.roadside

Datang je tau nanti 🤝 #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #raya2024 #allfake⚠️ #fakesituation⚠️ #actionmovie #stuntman

♬ original sound – Sini.Roadside – Sini.Roadside

Baca:

Pokok bunga siapa dia tolong siramkan? Ini sebabnya geng ekstremis mohon ke tepi

5 jenis tanaman ini mudah saja boleh tanam di luar rumah

Ini baru ‘rare’! Kerabu tembikai utara jadi sajian pembuka selera, cubalah!