Hingga kini, masih ada orang Malaysia yang merendahkan pekerja asing seperti orang Bangladesh yang datang ke negara ini untuk mencari nafkah.
Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa meskipun mereka melakukan pekerjaan yang dianggap rendah, simpanan wang mereka sebenarnya cukup besar.
Baru-baru ini, viral di platform X cerita seorang pemuda yang menceritakan pengalaman membantu warga Bangladesh mengeluarkan wang dari akaun simpanan mereka.
Warga Bangladesh tersebut meminta bantuan untuk mengeluarkan RM6,000 daripada mesin ATM di sebuah kedai serbaneka.
Tetapi, yang lebih mengejutkan adalah apabila pemuda tersebut diminta untuk memeriksa baki akaun simpanan pekerja Bangladesh tersebut dan diminta untuk melihat jumlah wang simpanan orang Bangladesh tersebut.
“Lebih RM300,000, kalau tak silap tengoklah. Terasa merempat kat negara sendiri,” kata pemuda itu setelah melihat jumlah yang tertera di skrin ATM yang dilaporkan portal berita.
Berdasarkan respons daripada pengguna internet, ramai percaya bahawa pekerja-pekerja Bangladesh kebanyakannya bijak dalam menjimatkan wang dan gemar menyimpan duit.
Malahan, mereka sanggup mengorbankan pelbagai perkara seperti memakan makanan yang murah, menggunakan pengangkutan awam, berjalan kaki walaupun cuaca panas, dan melakukan pelbagai usaha lain untuk menjimatkan lebih banyak wang hasil dari pekerjaan yang mereka lakukan.
Kejadian ini menimbulkan pelbagai persoalan tentang keadaan ekonomi dan hubungan pekerja asing di negara kita yang perlu difikirkan dengan lebih serius oleh masyarakat dan pihak berkuasa.
Baca:
6 makanan ini rupanya tidak halal, Ricky jelaskan apa sebabnya
Kisah bilionaire diam-diam terbongkar – Harta geng Mahathir ini 7 keturunan tak habis
‘Lari aje, hidup kan macam tu’ – Doktor ini kongsi rahsia mudah detoks dirpaOh